Ahad, 20 Disember 2009

Lemak Kuning Pucuk Ubi


Bahan-bahan

Bawang merah
Ikan bilis
Kunyit hidup

Cili giling/lada

Air
Santan Pekat
Santan Cair

Sayur pucuk ubi
Garam secukup rasa


-Stail masak guna cara tumis air...
- Masakkan lada/cili giling bersama air dalam periuk. Masakkan lama -lama sikit.
-Masukkan beberapa biji bawang merah,segengam ikan bilis dan kunyit hidup yang telah diblender.
-Kemudian kacau-kacau bagi lebih masak kemudian dah kering sikit air masukkan santan cair.
-Sentiasa kacau saje santan, supaya x pecah minyak.
-Masukan garam secukup rasa
-Masukkan Sayur pucuk ubi
-Kacau dan sentiasa di kacau sebab ada santan
-Akhir sekali masukkan santan pekat dan terus dikacau
-Tutup api dapur, teruskan kacau dan kacau dah lama sikit baru lah berhenti

** Ingat apabila masakan itu perlu di bubuh santan..ia mudah pecah minyak, once masukkan santan ia perlu sentiasa kacau dan di kacau. Jika ia pecah minyak x sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan