Jumaat, 18 Disember 2009

Kuah Lemak Kuning Siput Cocot/Sedut

Intro : Kuah lemak ada pelbagai jenis. Antaranya lemak putih, lemak merah dan lemak kuning. Lemak merah biasanya kerana ia byk cili/lada, jadi warna kuah lemak jadi warna merah. Untuk kuah lemak merah, biasanya letak udang galah atau udang harimau. Ermm..sgt menyelerakan. Lemak putih pula biasanya letak tempe, ikan bilis, sayur kampung ke..erm menyelerakan juga. Lemak kuning pula disebabkan ada bahan kunyit hidup. Itu yang menjadikan ia warna kuning. Boleh letak siput/ ikan/ sayur pucuk paku/pucuk ubi. Cara masak kuah lemak ada 2 cara. Pertama, tumis dengan minyak dan kedua rebus dengan air. Dua-dua cara boleh aplikasikan. Terpulang...lain orang lain stail... Apa pon ini adalah stail saya..hasil ilmu yang diperturunkan oleh mak saya, yang sememangnya sgt hebat dan tidak menang tangan di ruang dapur..

**-Tips-tips
nak mengendalikan siput sedut/cocot : Bagi menjadikan siput sedut kelihatan lebih bersih, mak saya gaulkan siput2 tersebut dgn hampas kelapa disamping di cuci dgn air..

Bahan - bahan ( anggaran bahan terpulang pada saiz hidangan)


Air Biasa
Cili giling/ lada
Bawang Merah
Kunyit Hidup
Daun Kunyit 2 helai
Daun Limau Purut
Hirisan Nenas
Beberapa batang serai yang di tumbuk
Santan
Garam secukup rasa

Beberapa Gram siput sedut/ cocot


-Masukkan air kosong dalam periuk
-Masukkan lada / cili giling sedikit sahaja
-Biar ladanya masak sikit
-Masukkan bawang merah yang telah di blender
-Masukkan kunyit hidup
-Kacau sikit, masukkan beberapa batang serai yang di tumbuk
-Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
-Kemudian masukkan hirisan nenas
-Masukkan santan cair.
-Kacau dan terus kacau lama-lama. Kena betul2 jaga kerana khuatir ia pecah minyak..hehe kena sabar
-Last sekali boleh la masukkan siput-siput tersebut...hehe
-Masukkan santan pekat..
-Sentiasa dikacau sehingga dah tutup api bagi mengelakkan pecah minyak..
-Boleh di hidang utk seisi keluarga...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan