Jumaat, 18 Disember 2009

Siput Mentarang Kuah Serai



Alhamdulillah, hari ni bertarikh 2 Muharam..syukur kepada Allah Al-Aziz kerana masih memberi peluang untuk saya bernafas, menghirup udara segar, menikmati nikmat kesihatan yang paling ulung serta memberi peluang utk kita menikmati makanan hasil bumi Allah yang paling menyelerakan ini...Hmm..hari ini mak saya suruh saya masak masakan lala. Tapi bila tgk bahan kat peti ais, saya terkejut..bukan lala, tetapi siput mentarang. Maka saya, perbetulkan mak saya,

" Mak, ini siput mentarang laa, besar ni mak.. kalo lala..ia kecil lagi dan macam kerang sikit..tapi leper."Oooo...mak igtkan ia macam spesies lala, sebab mak mintak la penjual tu bagi yg besar-besar la..sekilo setengah tu mak beli.." Begitulah kisahnya...hehe..

Saya antara orang yang sangat menggemari masakan seafood tak kirala..udang galah ke, siput sedut/cocot, kerang ke, lala ke, siput mentarang ke...saya memang suka sgt..dan favourite saya. So kebetulan hari ini, mak saya sedang sibuk mengajar orang, saya dikehendaki memasak menu utk lunch hari ini berdasarkan resepi bahan-bahan yang disenaraikan oleh mak saya ..Seafood Siput Mentarang..hehehe



Bahan-Bahan

Lada/ Cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Batang Serai di hiris halus-halus
Daun limau purut
Bawang besar dihiris halus-halus, bulat-bulat
Air
Sedikit garam

Sayur-sayuran

Lobak merah
Kobis bunga
Sayur brokoli
Salad/ lain-lain yang sesuai
( kesemua sayur-sayur ni boleh dipotong mengikut citarasa yang tersendiri hehe..)

Sekali lagi anggaran bahan tu ikut suka hati , mengikut saiz hidangan...


- Mula-mula,tuang minyak sedikit sahaja kemudian bubuh lada sedikit sahaja ke dalam kuali beserta beberapa daun limau purut. Tumis sehingga garing
-Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di blender..
-Selepas di tumis agak garing, masukkan batang serai yang telah di hiris halus-halus
-Kacau dan kacau kemudian masukkan 2 cawan air kosong
-Biar kuah tersebut betul-betul mendidih dan menggelegak
-Masukkan garam sedikit.
-Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil kecil mengikut sukahati
-Selepas satu minit, akhir sekali masukkan siput2 mentarang....

**Sayur-sayur tidak boleh masak terlalu lama utk mengekalkan kesedapan dan mengelakkan dari kehilangan zat

** Biasanya, seafood seperti siput mentarang telah menghasilkan air dan garam mineral dengan sendiri..maka x perlu nak letak garam banyak-banyak dan tuang air banyak-banyak, masin-masin jambu dah cukup..


**Utk menjaga kesihatan, pastikan pemakanan seimbang, bila kita kuat makan seafood, makanlah juga sayur-sayuran dengan banyak. Ini kerana kandungan protein dan mineral dalam makanan seafood adalah begitu tinggi, jika berlebihan kandungannya dalam tubuh kita, ia boleh menjadi punca utk kita mendapat penyakit Gout, yg mana protein/mineral berlebihan terkumpul di sendi-sendi...selanjutnya boleh refer kepada doktor-doktor dan jurnal kesihatan yer..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan