Ahad, 20 Disember 2009

Laksa Favourite Aqeeda


Bahan-bahan

Paket laksa, direndam kemudian dicelur dengan air panas seminit..
Bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Lada/ cili giling
Daun Kesom( lagi banyak helai lagi sedap)
Bunga Kantan( helai kelopak)
Beberapa ekor ikan kembong
Air
Garam
6 keping Asam Keping

Tambahan


Hirisan timun
Hirisan Salad
Hirisan Bawang Besar
Telur Rebus
Nenas
Beberapa biji limau purut manis

-Masukkan air, lada/cili giling masakkan lada dahulu
-masukkan belacan dan bawang merah yang telah diblender
-Masukkan daun kesom, bunga kantan,asam keping
-Masukkan isi-isi ikan kembong yang telah diblender
-MAsukkan garam secukup rasa
-Akhir sekali, boleh dihidang selepas di siap masak
-Hidangkan beserta bahan-bahan tambahan

p/s : masak laksa yang lecehnya ialah nak kupas isi-isi ikan tuu..huhu rasa malas..tp nk makan..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan