Selasa, 21 Disember 2010

Ikan Siakap 3 Rasa Stail/ Versi Aqeeda haha..;D

Hari ini InsyaAllah, saya puasa..huhu tapi mesti kena masak juga. Dah rutin.. Maka, saya pon teringin la nak masak resepi Ikan Siakap 3 Rasa. Apakah rasa 3 Rasa tuh???. Sebelum ni x pernah rasa dan x pernah makan lauk ni. Ini baru first time dlm hidup buat. So harap-harap ia menjadi dan sedap rasanya. Saya google cari resepi nih..ada lah 2-3 jenis resepi dan cara-cara buatnya..pening punya pening.. akhirnya saya gabungkan je semua bahan2 nye..bantai je asal kunun2 jadi..tapi sekali imbas mcm ala2 sweet sour fish plak..apakah resepi Ikan 3 rasa itu sama dgn sweet sour fish??..bebel pjg2 ni mari kita lihat resepinya..

       Kredit to mycooking2u.blogspot.com

 ----->               Gambar masakan saya lebih kurang seperti rupa diatas ..kuahnya agak pekat hehe;D

Bahan-bahan

Bahan A : Untuk Ikan Siakap

1 ekor Ikan Siakap ( ada org guna ikan kerapu la bawal la ..)
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
____________
Gaulkan Ikan dengan semua bahan siap2 hehe.. kerja menggoreng dilakukan pada akhir sekali selepas buat kuah sos 3 Rasa...hehe..

Bahan B : Sos ( yang dikatakan resepi 3 Rasa itu..hehehe)

a)
1sudu/senduk lada yang diblender
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 hiris halia
2 batang serai dititik
________________
1/2 bawang besar


p/s ;- bawang2 tadi siap diblender/ ditumbuk.. ( ada optional  setengah org bubuh sikit bunga kantan;D)

b)
1/2 sudu Sos Tiram
1-1/2  Sudu Sos Tomato
1 sudu Tomato Puree / Sos tomato Prego ( Optional/ dua2 campur je)
1-1/2 sudu Sos Cili
1 sudu Kicap Manis
1/2 Kicap Masin ( x bubuh pon x pe-x wajib sbb nanti terlebih masin)
Daun Limau Purut ( nak kasi ia wangi)
___________________________________
1 cawan Air dan 1/2 cawan air tepung jagung ( nak kasi kuah pekat)
_________________________
(Pandai-pandai agak sukatan bahan dan sukahati..)

c)
Carrot yang dipotong bulat-bulat/suka hati
Buah Tomato / nanas dipotong dadu ( optional/ x masukkan pon x pe...)
Cili hijau,Daun sup/ daun bawang  dan bawang goreng utk hiasan...
Garam dan Gula secukup rasa


p/s : Mesti masakan itu ada 3 rasa seperti masin, masam, manis..;)


Cara-Cara

1) Mulakan dengan menumis Bahan B (a) sampai lah garing..last kali masukkan hirisan 1/2 bawang besar tu. kacau dan kacau.( masuk dan masakkan lada dulu ...diiikuti bawang2 halia..step by step..)

2) Kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan ( bagi Bahan B (b) ) kemudian sambil masukkan satu persatu bahan sambil tu kacau dan kacau kasi betul2 masak dan sebati.

3) Selepas bahan2 semua mesra, garing dan sebati. Akhir sekali baru masukkan  Daun limau purut, Air dan Air tepung jagung nak bagi dia berkuah sikit.

4) Kemudian masukkan Bahan B (c). Tapi tadi saya masak bubuh carrot saje. Sebab nenas dan buah tomato tiada...huhu. Jgn lupa bubuh sedikit garam dan gula. Berhati-hati ye agar x menjejaskan rasa hehehe...Kuah sos dah menggelegak tutuplah api dapur..dah masak dah...

5) Akhir sekali, goreng ikan siakap yang dah digaul dgn Bahan A tadi,, Sambil tunggu goreng ikan tu masak. Pergilah buat hiris daun sup/ daun bawang dan bawang merah atau pergilah basuh2 pinggan dlm sinki tu ye..;p

6) Siap sedia dihidang bersama nasi panas..
.
 Ini pic copy paste- rupanya ala2  mcm nila tapi pic ni ada buah tomato dan nenas


7) Best juga masak sendiri daripada beli makan luar..tiada ajinamoto malah bersih lagi halal..InsyaAllah..:)


p/s : Antara pelbagai jenis resepi Ikan Siakap 3 Rasa yg boleh dicuba :
Copy & Klik 
http://mama-hawa-nani.blogspot.com/2010/04/ikan-siakap-3-rasa.html

Jumaat, 17 Disember 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya :

6 atau 7-8-10 biji Bawang Merah
3 biji Bawang putih
Beberapa hiris Bawang Besar ( untuk hiasan)
Sedikit Halia yang dihiris halus2../ Satu hiris halia sudah cukup
3-4  Senduk Lada yang diblender ( lagi banyak lagi pedas..hehe..)
1 Cubit kecil keping Asam Keping (tak masukkan pun x pe)
Sedikit/ 1 sudu Tomato Puri/ Sos Prego Tomato
1-2 biji Bunga Lawang ( nak bagi wangi)
1-2 Kayu Manis ( nak bagi wangi)
1-2 Buah pelaga
1 atau 2 biji buah tomato 
2 cawan Air ( sukahati kalau nak kuah banyak/sikit mana)
Garam dan Gula secukup rasa..
8-11 ketul ketul ayam ( terpulang berapa banyak)(ayam pembawa air)
Bawang Goreng dan daun bawang/sup atau kacang peas untuk hiasan

( Apapon kena pandai agak berapa byk bahan bergantung kepada kapasiti jumlah pemakan ( org yg nak makan..ok??)

                           Inilah rupanya..ala2 mcm Pic nih ;) hehe


Cara Membuat

1) Mula-mula goreng dahulu beberapa ketul ayam secara half-cook..Mcm biasa gaulkan dgn sedikit kunyit dan garam sebelum goreng.

2) Masukkan halia yang telah dihiris halus ( 1 hiris pon memadai), kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis

3) Kemudian kita buat aktiviti sesi menumis. Mula2 garingkan lada yang telah diblender dahulu. Sudah betul-betul garing, Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar. Gaul dan kacau sehingga garing.

4) Masukkan Tomato Puree/Sos Tomato Prego/[Sos Cili/Sos Tomato] ke ( semua adalah optional)..kacau dan kacau bagi sebati.. Kemudian masukkan asam keping (x masukkan pon x pe) . Kacau dan kacau semua bahan2.

5)Kemudian masukkan Buah Tomato yang telah dipotong dan dilenyekkan ketika mengacau. Kacau dan terus kacau sehingga sebati.

6) Seterusnya..masukkan Air..nak bagi bahan dia berkuah..masukkan garam dan gula secukup rasa.(balance kan masam dan manis dan masin)

7) Apabila dah menggelegak kuah ( dah betul2 boil..), masukkan ketulan2 ayam yang telah digoreng secara half cook tadi. 

8) Tutup Kuali...biar kasi ia betul2 masak dalam tempoh 10-15 minit. ( It depends..hehe..) kalau rasa air kuah terlebih sgt..boleh lama2 sikit nak bg dia kurang air...nak bagi dia pekat sikit ke hehehe..boleh masukkan hirisan bawang Besar
( saya memang suka berkuah..)

9) Sambil menunggu masakan, boleh lah sediakan bahan-bahan hiasan masakan seperti kacang peas/ hiris daun bawang/buat bawang goreng ..cuci2 lah apa yang patut..;) hehe..dah selesai tutup api dapur ye!

10) Boleh hidang dan terus makan bersama nasi putih, Daun Salad dan Timun..! hehe Selamat untuk mengingati bahan dan terus mencuba!

Rabu, 8 Disember 2010

Inti kuih Popia

Popia merupakan makanan yg kami adik beradik gemari dan sering menjadi hidangan ketika waktu sarapan pagi.

Bahan-bahan

Bawang Merah telah diblender
Bawang putih telah diblender
Sedikit Lada sulah
Sedikit Serbuk ketumbar
Daun sup
Daging ayam dipotong kecil
Udang
Lain-lain Accesorries adalah suka hati hehehe...

Cara Buat

  • Bawang2 yang diblender tuh..ditumis  sehingga garing
  • Lepas itu masukkan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk ketumbar
  • Kemudian masukkan daging ayam dan udang
  • Kacau-dan kacau sampai dah betul-betul masak
  • Kemudian sejukkan bahan..
  • Seterusnya letak bahan inti dlm penapis nak bagi  tos
  • Seterusnya lagi..bentangkan kulit popia..ambil daun sup dan bahan inti yang dimasak itu
  • Masukkan dlm kulit kopia gulung2..last kali pegi goreng...senang je...

Ahad, 5 Disember 2010

Chicken Chop




Ini resepi dapat dari internet..InsyaAllah pasti nak cuba..sekarang tgh pikir nak cari ayam deboned tu kat mana..kena cari kat pasar la kan?? hehehe.....

Bahan-bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)
Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu. Tak pandai aku nak describe macam mana nak debone ayam ni. Mungkin boleh tengok kat website mana2.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan-bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, aku tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
5. Potong mendadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
6. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Garam dan gula secukup rasa.
Chicken Chop
Bahan untuk ayam
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
  4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
  6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
  7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
  8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
  9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
  11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
  12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
  13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa.
  14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
  15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

Sumber:Sendiri
Chiken Chop
Bahan-bahan
1 Ekor ayam belah 6 yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung goreng ayam kentuky
2 Biji telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Seekor ayam dipotong besar. Hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung goreng ayam kentuky tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung goreng ayam.
7. Ratakan tepung goreng ayam ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
Bahan-bahan
1 botol sos lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 tin Cendawan button
1/2 Bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
minyak masak utk tumis
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam periuk.
3. Masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. Masukkan cendawan ke dalam periuk dan didihkan.
6. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dlm periuk. Segera, kacaukan semua bahan dlm periuk tadi hingga jadi pekat mcm sos.
7. Garam dan gula secukup rasa.

Sos Kacang Panggang (Baked Beans)
Bahan-bahan
1 tin kacang panggang (Baked beans)
2 sudu cili kering yang diblend halus (dalam 4- 5 biji cili kering)
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 Bawang besar & 2 ulas bawang putih (potong dadu)
Minyak masak utk tumis

Cara membuat sos
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar & bawang putih dan paste cili kering sehingga naik bau.
3. Masukkan baked beans dari dalam tin tu.
4. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
5. Didihkan dan hidangkan.

Coleslow
Bahan-bahan
1/4 Kobis bersaiz kecil
1/2 Lobak merah
2-3 sudu Mayonis

Cara mebuat.
1. Potong halus/ sagat kobis dan lobak.
2. Gaulkan kobis dan lobak dgn mayonis.
3. Hidangkan.

Fries
Bahan-bahan
3 Biji kentang
Minyak masak utk menggoreng
Sedikit garam

Cara membuat.
1. Kentang dikupas kulit dan dipotong panjang-panjang.
2. Basuh kentang dan tos kan selama 1 jam.
3. Bila kentang dah cukup kering,bolehlah digoreng.
4. Gaulkan kentang yg dah digoreng dgn sedikit garam.
5. Hidangkan bersama Chiken Chop.

Bila dah siap semua sekali, hidangkan chicken chop, fries, coleslow, baked beans dlm 1 piring (macam hidangan KFC kalau makan kat restoran dia tu...), kemudian curahkan black pepper sauce ke atas chicken chop tersebut. Lepas tu, boleh la dimakan....

Kuah Blackpaper

 Ermm..saya sedang berangan-angan sejak menduduki final exam lagi nak buat sendiri resepi Chicken Chop dan kuah blackpaper hehe..sedang giat mencari resepi..mudah2an saya mampu mencubanya nanti..ini resepi dikirim oleh seorang kawan yang Pro...

Bahan-bahan

1. Bawang putih & bawang merah (cincang)

2. Demi-glaze instant jenama Knorr (bancuh ikut arahan kat peket)

3. Whipping cream jenama Emborg (dalam kotak)

4. Bay leaf

5. Black Pepper (tumbuk halus)

6. Salt & Pepper

Cara :

1. Tumis bawang putih & merah dengan minyak.

2. Letak demi-glaze yang dah dibancuh dengan air.

3. Guna api kecil, sehingga demi glaze pekat.

4. Sementara nak pekat, letak bay leaf dan black pepper.

5. Dah pekat sikit letak whip cream sedikit, sesuaikan dengan rasa. nak creamy lebih letak byk cream, kalau tak nak creamy sangat kurangkan letak cream.

6. Last sekali letak salt & pepper. Sebelum letak rasa dulu sebab demi-glaze ni dah masin, jadi jangan letak garam banyak sangat.

7. Dah siap! Nak pekat @ cair ikut selera qida, kalau nk buat mushroom sauce gantikan blackpepper tu dgn cendawan butang. Senang je, hehe.

Nak beli serbuk instant demi-glaze tu ada jual kat tesco @ giant. Dalam rm20 1 peket, tp boleh guna byk kali. Hehe. Selamat mencuba!

Lagi-lagi input... ( terima kasih Nurul Jannah..terima kasih atas perkongsian..)

wah segan kita qida tanya mcm kite expert je, hehehe..emm sng je qida, cari resepi kat tenet pun byk leh bantu. Kita try jawab yg mana boleh k!

1. Chicken bolognese mcm wat meat bolognese gak, nak senang guna sos prego. Cepat n sedap. kalo cara original leceh tp resipi leh search kat tenet. Macam2 versi ada.

Grill lamb kita perap guna minyak, salt, pepper, paprika ,sos L&P, sos HP dan sprinkle daun rosemary yg kering. Masak atas pan sampai tahap garing yg qida suke.

Roast beef kita guna salt, pepper, kunyit, paprika, sos L&P dan sos HP. Kalo guna tenderloin ambil masa 45 minit utk masak (kalo lebih 45 minit daging jd masak betul, kalo 45 minit tgh2 nye ada pink2 sikit)

Chicken chop dah lama tak buat, kena cek buku resipi. Hehe

Macam kita wat masak daging2 ni kt malas nk prep lama2, so kita perap dalam sejam je.

2.nk cari whipping cream nanti qida pergi tesco ke kat tempat jual keju2, dekat situ ada jual whip cream biasanya dalam kotak kecil/ besar.Mmmg tulis mcm tu.

Kita selalu guna cheese macam2 qida, yg penting jenis cheese seperti dalam resepi. 

Khamis, 9 September 2010

Masakan Rendang Raya Aqeeda

gambar hiasan semata2

Bahan-bahan

A
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas muda
(blender betul2 hancur)
Batang serai yang dihiris halus2 kemudian diblender betul2 hancur)
Halia muda ( jgn byk -anggar sedikit saje)
Kunyit hidup sikit saje -hujung jari
(blender betul2 hancur)
p/s : blender bahan hancur2 halus2 supaya rendang itu kelihatan cantik.

B
Lada yang digiling/diblender
Daun limau purut

C
Santan Cair dan santan pekat
1 Ketul Gula Melaka
Garam secukup rasa

D
Satu kilo setengah Ayam
Daun kunyit
Kerisik ( kelapa diparut kasar kemudian dibakar dan diblender sampai hancur)


Cara2 buatnya :

1) Panaskan minyak, masukkan lada giling byk2, kacau-kacau lada sampai garing
2) Selepas lada dah garing, masukkan bahan-bahan A ..kacau2 dan kacau sehingga betul2 garing
3)Masukkan daun limau purut
4) Kemudian masukkan santan cair dan santan pekat
5) Kacau dan teruskan kacau hati2 santan kalau x kerap dikacau boleh pecah minyak
6) Masukkan 1 ketul gula melaka..kacau dan kacau
7)Masukkan garam secukup rasa..kacau dan kacau
8) Masukkan satu kilo setengah ayam tuh, kacau perlahan2 balik2balikkan ayam..slow kan api..
9) Selepas bahan2 rendang dah betul2 masak..yg terakhir sekali barulah masukkan kerisik
10) Seterusnya kacau dan kacau masukkan daun kunyit ya..

p/s
: masak rendang mmg lama dan sedikit leceh dan juga hati2
: bahan2 mmg kena byk especially Bhn2 A..apa2 anggarkan sendiri
: Petua rendang nak sedap, nak elak berair dan tahan lama disimpan sampai 2-3 hari, pastikan semasa menumis lada giling dan bahan2 A tu lama sedikit dan betul2 garing..sbb bila bahan2 tersebut betul2 dimasak.
: Sebaik sahaja masukkan santan..masakan itu perlu kerap dikacau nak elak pecah minyak.. nanti masakan kurang sedap..
: Lain org, lain budaya dan lain style memasak rendang..apapon ni masakan rendang yg sgt basic hehehe...
: Boleh berkuah kalau suka( saya mmg suka berkuah)...kalau x nak berkuah nak kering..tunggu masakan itu masak lagi lama sampai betul2 kering dan kesing...tapi kalau kerap dipanaskan rendang akhirnya ia kering jua..hehehe
: Selamat Hari Raya ya! hidanglah dgn ketupat, nasi impit, nasi minyak mahupun nasi putih..



Kuah Kacang

Bahan-bahan

(anggaran kalau makan 5 org..
apa2 lebih kurang terpulang yer)

  • Beberapa biji Bawang Merah
  • Beberapa biji Bawang Putih
  • Lengkuas
  • Beberapa biji buah keras
  • Beberapa batang serai
  • Lada yang digiling
  • Beberapa udang yang diblender( boleh byk sikit)
  • 2 batang gula melaka ( ada jual dlm peket)
  • Kacang2 ( terpulang beberapa gram)yang telah dibuang kulit, dah dibakar dan diblender hancur( x la hancur sgt)
  • Asam keping ( sedikit saje)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara buat :

1) Blender bawang merah, bawang putih bersama lengkuas
2) Penaskan minyak, masukkan lada yang digiling/diblender..kacau sehingga betul2 garing( byk lagi best)
3) Kemudiakan masukkan serai, kacau dan kacau lagi
4) Selepas lada betul2 dah garing,Seterusnya masukkan bawang merah , bawang putih dan lengkuas yg telah diblender tadi kacau, dan terus kacau supaya ia betul2 masak dan garing
5) kemudian masukkan buah keras ( buah keras tu diblender sikit je)(utk menyedapkan lagi)
6)Kemudian masukkan udang yg telah diblender tadi..kacau dan kacau
7)Setelah betul2 masak dan garing, masukkan sedikit air, kemudian masukkan 2 ketul/batang gula melaka..kemudian biarkan..sesekali kacau bahan2 tuh, jgn lupa bubuh garam secukup rasa ya!
8) Kemudian masukkan kacang yang telah hancur itu.
9) Biarkan ia dan sesekali perlu dikacau, kecilkan api..
10) Akhir sekali, dah betul2 masak dan likat..tutup api.. masukkan asam keping, kacau2 sikit
11) Akhirnya, boleh la dimakan dan dihidang bersama nasi impit/ ketupat hehe..
12) Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..

Sabtu, 26 Jun 2010

Resepi Inti Karipap


Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Udang kering
Daging Kisar ( masakkan dulu)
Ayam kisar
Ubi kentang dipotong kiub
Serbuk Kari ( nak pedas..lebihkan kari)


Cara buat

Garingkan bawang-bawang
Masukkan Udang kering..gaul2 sampai garing skit)
Masukkan serbuk kari
Masukkan air sikit
Masukkan Ubi ketang
Masukkan daging kisar..dan ayam..
Gaul sehingga sebati sampai pekat dan kering skit

kemudian boleh la buat karipap nyum2...

Resepi Sos dan kuah utk Ikan tilapia



Bahan2nya:

2 ekor ikan tilapia dibuang perutnya dan direndam dengan air asam jawa dan perahan air limau serta sedikit garam

2 labu bawang besar dihiris bulat

2 ulas bawang putih dihiris

4 sudu besar sos tomato

1 biji lada hijau dipotong serong

Minyak untuk menggoreng

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun bawang yang dipotong seinci panjang untuk hiasan


Caranya:


  • Ikan tilapia dilumurkan dengan garam dan kunyit.
  • Goreng ikan tilapia sehingga gareng. Jikalau tidak cukup gareng, isi nya terlalu lembik
  • Apabila telah gareng, angkat ikan tersebut dan toskan minyaknya.
  • Tumiskan sos tomato sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Apabila telah mendidih curahkan kuah ke atas ikan tadi. Hiaskan dengan daun bawang jika suka.
Dicedok daripada blog maklang hehe..dah cuba dah..sedap2..hehe..saya sukan makan ikan tilapia goreng sedap bangat...huhuhu

Kek Batik Meera/ Kek Marie Aqeeda


Bahan-bahan

Bahan A

5 biji telur
1 cawan air
1 cawan gula
5 sudu besar serbuk koko

1 sedu kecil esen vanila

bahan lain

1 buku buttercup
1 bungkus biskut marie pecah 4


Cara-cara membuatnya

- blenderkan bahan A
-Cairkan buttercup dalam periuk
-Kecilkan api masukan bahan A yg telah di blender tadi
-Kacau sehingga sebati dan pekat..akan ada ketul2 sedikit
-Tutup api dan masukkan biskut marie dalam periuk dan kacau sehingga sebati
-Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan sehingga padat
-akhir sekali masukkan dalam peti sejuk

p/s macam2 cara dan gaya resepi kek batik ni..ada letak kacang la apa la..apapon terpulang ikut creativiti dan perisa masing2..hehe;)

Ahad, 6 Jun 2010

Asam Rebus Daun Keladi/ Ikan ke...


Bahan-Bahan

Air
Cili kering siap di kisar
Beberapa biji Bawang Merah
Belacan
Asam Keping
Tomato ( additionals)
Daun Kesom
Beberapa batang daun keladi
*( letak ikan itu adalah optional)

Cara-Cara Buat

Keladi dibersihkan dan dipotong-potong setelah itu celurlah keladi ini dengan 2 keping asam gelugur. Bila telah layu buangkan airnya, angkat serta ketepikan.
Daun kesum dibersihkan, bawang dimayang halus-halus.
Cili dan belacan ditumbuk sehingga lumat setelah itu panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan cili yang telah ditumbuk ini sehingga masak.
Setelah masak, angkat cili dan ketepikan untuk sementara waktu.
Masukkan air secukupnnya ke dalam periuk kemudian masukkan bawang yang telah dimayang, udang kering serta 1 keping asam gelugur.
Bila air sudah mendidih masukkan pula tomato dan keladi yang telah dicelur.
Kemudian masukkan cili yang telah ditumis serta daun kesum tadi.
Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Kemudian bolehlah di angkat untuk dihidangkan. ( mesra.net)

Sayur Kangkung Masak Air/ goreng


Bahan- Bahan

Cili Hidup
Bawang Merah
Bawang Besar
2 biji bawang putih
Ikan Bilis sikit
Belacan skit
Air
Beberapa ikat sayur kangkung


Cara Membuat

-Masukkan semua cili hidup, bawang2 yang siap dihiris sumer , belacan dan ikan bilis..kacau2 la
-Pastu masukkan air biasrkan didih
-last ..tutup api masukkan sayur
-daaa

Sabtu, 29 Mei 2010

Udang Masak Kuning

gambar hiasan semata2
Bahan-Bahan

Udang
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup Merah/ Hijau
Daun sup/ Daun bawang


Cara-cara membuatnya

1) Bawang2 besar dan putih dan cili2 hidup dihiris halus
2) Udang yang telah disiang digaulkan dengan garam dan kunyit
3) Panaskan kuali/ periuk dan Masukkan minyak
4) Tumis bawang2 yg telah dihiris x perlu sampai garing
5) Masukkan Cili2 hidup yang dihiris
6) Masukkan udang
7) Setelah udang-udang kelihatan merah tandanya sudah masak
8) Akhir sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong panjang..gaul2 kan kesemuanya..

Siap simple dihidang utk seisi keluarga...;)

Selasa, 13 April 2010

Aiskrim Aqeeda..Aqeeda suka Aiskrim..


hehe..lama dah x update..saya mmg kalau tgh study..tgh exam..mmg jarang nak masak2 nih..hmm..saya kalo nak masak2..lebih selesa di rumah bersama emak..jarang mempamerkan skill masak2 ni di luar hehe..kalo nk masak pon just masak nasi dan menu yg sgt la simple2 jek..saya pon masih dlm proses belajar memasak lagi..

hmm..org2 slalu kata( hish..suka betul dgr kata orang hehe..) nak lihat Orang -orang perempuan yang sesuai dan layak mendirikan rumah tangga, salah satunya lihat gaya dia bangun pagi camana..apa yg dibuat..rajin ke tak ke dapur..kuikuikui hehehe....kadang2 terasa gak org ckp2 nih..sy bgn awal pagi..tp x ke dapur hehe..sbb saya kalo ke dapur pon just buat air panas/sarapan utk perut sendiri je..hehe..x pela harap2 bila dah kahwin nt..sy berdoa semoga akan jadi seorg perempuan yg rajin ke dapur yg slalu memasak utk suami dan anak2nya...hehehe ni umur x lama lagi bakal naik 24 tahun isnin depan..huhu sedar2 usia dah meningkat..berapa byk amalan baik yg telah dilakukan?/kemahiran/kejayaaan diperolehi? kena byk muhasabah nih...

Bebel2 pjg pulak saya ni ...tujuan utama ni adalah nk berkongsi suatu resepi..iaitu cara nak buat ais krim..belum pernah buat lagi..tunggu cuti sem la nk buat..ni baru dpt tips dr kawan...atas adalah gambar hiasan saje ye..


Bahan-bahan Asas..


Crimer - ( yang utk bubuh kat nescafe tuh 450 gram)

7 sudu besar gula- (x perlulah penuh2 sgt)
susu coklat/strawberry ke...( sukahati nk perisa apa..)

Aksesori
---suka hati, nak masukkan biskut oreo ke, chocolates chips ke, kacang2 ke..papela..


Cara Buat


-masukkan semua bahan di kacau/stir guna alat yg biasa nuat kek tuh entah apa namanya..kacau2 biar adunannya sebato sampi buih2
-masukkan dalam bekas kemudian masukkan dalam peti ais
- dah beku keluarkan balik..pecah2 kan kemudian kacau2 lagi dan masukkan sekali lagi dlm peti ais sampai 8 jam..pastu boleh la kuarkan dan makan2..sedap ( orang kata la..) (kata org lagi.. hehehe)

Itu saja setakat nih..dah nak pg study plak..nk exam nih..leka2 je saya nih...huhuhu

Sabtu, 9 Januari 2010

Sambal Goreng


Bahan-bahan Asas

Sedikit Belacan
Cili kering yang telah digiling
Santan pekat
Santan cair
Perahan Asam Jawa

Bahan - Bahan goreng

Hirisan daging dipotong dadu
Tempe dipotong dadu
Cili hidup dihiris halus-halus
Udang-udang kecil
Bawang merah dihiris halus
Bawang putih dihiris halus


Cara-cara

-Masukkan minyak sedikit sahaja, tumis belacan sampai garing
-Kemudian tumiskan lada/cili kering sampai garing juga
-Masukkan perahan asam jawa...kacau2
-kemudian masukkan santan pekat
-Sebaik masukkan santan saja, kacau dan kacau
-Goreng kesemua bahan-bahan goreng tadi dan masukkan ke dalam masakan
-Masukkan santan cair
-Kacau dan kacau
-Jangan lupa masukkan garam secukup rasa
-Siap dihidang hehe...

p/s- tambahan info..satu lagi biar kuah santan tu jadi sedikit kering dan kesing..barulah jadi sambal goreng..hehe
-tambah lagi..bila mana suatu masakan itu bersantan, pastikan masakan itu sentiasa kacau dan dikacau sampai api dapur tu ditutup, pon perlu dikacau berterusan supaya nak elak pecah minyak.