Ahad, 5 Disember 2010

Chicken Chop




Ini resepi dapat dari internet..InsyaAllah pasti nak cuba..sekarang tgh pikir nak cari ayam deboned tu kat mana..kena cari kat pasar la kan?? hehehe.....

Bahan-bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)
Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu. Tak pandai aku nak describe macam mana nak debone ayam ni. Mungkin boleh tengok kat website mana2.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan-bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, aku tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
5. Potong mendadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
6. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Garam dan gula secukup rasa.
Chicken Chop
Bahan untuk ayam
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
  4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
  6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
  7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
  8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
  9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
  11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
  12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
  13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa.
  14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
  15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

Sumber:Sendiri
Chiken Chop
Bahan-bahan
1 Ekor ayam belah 6 yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung goreng ayam kentuky
2 Biji telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Seekor ayam dipotong besar. Hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung goreng ayam kentuky tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung goreng ayam.
7. Ratakan tepung goreng ayam ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
Bahan-bahan
1 botol sos lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 tin Cendawan button
1/2 Bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
minyak masak utk tumis
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam periuk.
3. Masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. Masukkan cendawan ke dalam periuk dan didihkan.
6. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dlm periuk. Segera, kacaukan semua bahan dlm periuk tadi hingga jadi pekat mcm sos.
7. Garam dan gula secukup rasa.

Sos Kacang Panggang (Baked Beans)
Bahan-bahan
1 tin kacang panggang (Baked beans)
2 sudu cili kering yang diblend halus (dalam 4- 5 biji cili kering)
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 Bawang besar & 2 ulas bawang putih (potong dadu)
Minyak masak utk tumis

Cara membuat sos
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar & bawang putih dan paste cili kering sehingga naik bau.
3. Masukkan baked beans dari dalam tin tu.
4. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
5. Didihkan dan hidangkan.

Coleslow
Bahan-bahan
1/4 Kobis bersaiz kecil
1/2 Lobak merah
2-3 sudu Mayonis

Cara mebuat.
1. Potong halus/ sagat kobis dan lobak.
2. Gaulkan kobis dan lobak dgn mayonis.
3. Hidangkan.

Fries
Bahan-bahan
3 Biji kentang
Minyak masak utk menggoreng
Sedikit garam

Cara membuat.
1. Kentang dikupas kulit dan dipotong panjang-panjang.
2. Basuh kentang dan tos kan selama 1 jam.
3. Bila kentang dah cukup kering,bolehlah digoreng.
4. Gaulkan kentang yg dah digoreng dgn sedikit garam.
5. Hidangkan bersama Chiken Chop.

Bila dah siap semua sekali, hidangkan chicken chop, fries, coleslow, baked beans dlm 1 piring (macam hidangan KFC kalau makan kat restoran dia tu...), kemudian curahkan black pepper sauce ke atas chicken chop tersebut. Lepas tu, boleh la dimakan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan