Jumaat, 17 Disember 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya :

6 atau 7-8-10 biji Bawang Merah
3 biji Bawang putih
Beberapa hiris Bawang Besar ( untuk hiasan)
Sedikit Halia yang dihiris halus2../ Satu hiris halia sudah cukup
3-4  Senduk Lada yang diblender ( lagi banyak lagi pedas..hehe..)
1 Cubit kecil keping Asam Keping (tak masukkan pun x pe)
Sedikit/ 1 sudu Tomato Puri/ Sos Prego Tomato
1-2 biji Bunga Lawang ( nak bagi wangi)
1-2 Kayu Manis ( nak bagi wangi)
1-2 Buah pelaga
1 atau 2 biji buah tomato 
2 cawan Air ( sukahati kalau nak kuah banyak/sikit mana)
Garam dan Gula secukup rasa..
8-11 ketul ketul ayam ( terpulang berapa banyak)(ayam pembawa air)
Bawang Goreng dan daun bawang/sup atau kacang peas untuk hiasan

( Apapon kena pandai agak berapa byk bahan bergantung kepada kapasiti jumlah pemakan ( org yg nak makan..ok??)

                           Inilah rupanya..ala2 mcm Pic nih ;) hehe


Cara Membuat

1) Mula-mula goreng dahulu beberapa ketul ayam secara half-cook..Mcm biasa gaulkan dgn sedikit kunyit dan garam sebelum goreng.

2) Masukkan halia yang telah dihiris halus ( 1 hiris pon memadai), kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis

3) Kemudian kita buat aktiviti sesi menumis. Mula2 garingkan lada yang telah diblender dahulu. Sudah betul-betul garing, Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar. Gaul dan kacau sehingga garing.

4) Masukkan Tomato Puree/Sos Tomato Prego/[Sos Cili/Sos Tomato] ke ( semua adalah optional)..kacau dan kacau bagi sebati.. Kemudian masukkan asam keping (x masukkan pon x pe) . Kacau dan kacau semua bahan2.

5)Kemudian masukkan Buah Tomato yang telah dipotong dan dilenyekkan ketika mengacau. Kacau dan terus kacau sehingga sebati.

6) Seterusnya..masukkan Air..nak bagi bahan dia berkuah..masukkan garam dan gula secukup rasa.(balance kan masam dan manis dan masin)

7) Apabila dah menggelegak kuah ( dah betul2 boil..), masukkan ketulan2 ayam yang telah digoreng secara half cook tadi. 

8) Tutup Kuali...biar kasi ia betul2 masak dalam tempoh 10-15 minit. ( It depends..hehe..) kalau rasa air kuah terlebih sgt..boleh lama2 sikit nak bg dia kurang air...nak bagi dia pekat sikit ke hehehe..boleh masukkan hirisan bawang Besar
( saya memang suka berkuah..)

9) Sambil menunggu masakan, boleh lah sediakan bahan-bahan hiasan masakan seperti kacang peas/ hiris daun bawang/buat bawang goreng ..cuci2 lah apa yang patut..;) hehe..dah selesai tutup api dapur ye!

10) Boleh hidang dan terus makan bersama nasi putih, Daun Salad dan Timun..! hehe Selamat untuk mengingati bahan dan terus mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan