Khamis, 9 September 2010

Kuah Kacang

Bahan-bahan

(anggaran kalau makan 5 org..
apa2 lebih kurang terpulang yer)

  • Beberapa biji Bawang Merah
  • Beberapa biji Bawang Putih
  • Lengkuas
  • Beberapa biji buah keras
  • Beberapa batang serai
  • Lada yang digiling
  • Beberapa udang yang diblender( boleh byk sikit)
  • 2 batang gula melaka ( ada jual dlm peket)
  • Kacang2 ( terpulang beberapa gram)yang telah dibuang kulit, dah dibakar dan diblender hancur( x la hancur sgt)
  • Asam keping ( sedikit saje)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara buat :

1) Blender bawang merah, bawang putih bersama lengkuas
2) Penaskan minyak, masukkan lada yang digiling/diblender..kacau sehingga betul2 garing( byk lagi best)
3) Kemudiakan masukkan serai, kacau dan kacau lagi
4) Selepas lada betul2 dah garing,Seterusnya masukkan bawang merah , bawang putih dan lengkuas yg telah diblender tadi kacau, dan terus kacau supaya ia betul2 masak dan garing
5) kemudian masukkan buah keras ( buah keras tu diblender sikit je)(utk menyedapkan lagi)
6)Kemudian masukkan udang yg telah diblender tadi..kacau dan kacau
7)Setelah betul2 masak dan garing, masukkan sedikit air, kemudian masukkan 2 ketul/batang gula melaka..kemudian biarkan..sesekali kacau bahan2 tuh, jgn lupa bubuh garam secukup rasa ya!
8) Kemudian masukkan kacang yang telah hancur itu.
9) Biarkan ia dan sesekali perlu dikacau, kecilkan api..
10) Akhir sekali, dah betul2 masak dan likat..tutup api.. masukkan asam keping, kacau2 sikit
11) Akhirnya, boleh la dimakan dan dihidang bersama nasi impit/ ketupat hehe..
12) Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan