Rabu, 12 September 2012

Masakan Tomyam

Rupanya nampak buruk tapi rasanya sedap hehe x sempat nak hias2..


Bahan-Bahan

2 Sudu Besar Lada yang siap diblend
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Sedikit (hujung jari) Lengkuas
Seulas Halia
Beberapa batang serai dititik
Sejumlah helai Daun Limau Purut
Beberapa hiris bawang besar ditabur untuk hiasan

Sayur Tomyam (yang batang color2 putih)
Tomato (Dipotong2)
Sejumlah ketulan kecil daging ayam
Hirisan Carrot
Garam secukup rasa
Hujung/Suku sudu gula ( sebagai ala2 ajinomoto)

Beberapa gelas air untuk berkuah
Sedikit air limau

Cara-Cara Buat:

1) Garingkan lada dan gaulkan bersama lengkuas dan halia
2)Selepas lada dah garing, masukkan bawang2 yg siap diblend, gaul sehhingga garing juga
3) Masukkan air beberapa gelas, seterusnya masukkan serai2 dan daun2 limau purut
4) Tutup periuk dan biarkan kuah tomyam didih agar jus serai tu turun..memberi aroma
5) Selepas didih masukkan garam dan gula
6) Kemudian masukkan ketul-ketulan daging ayam..carrot..
7) Setelah ketulan ayam nampak dah masak ..tutup api
8) tuang air limau sedikit saja
9) Masukkan ketulan tomato dan sayur tomyam dan hirisan bawnag besar
10) Tekan sayur kedalam dan terus tutup periuk. Biar haba periuk yang memasakkan sayur2 tomyam tersebut nampak fresh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan