Khamis, 4 Oktober 2012

Ikan Kembung Percik / Percik Ikan Kembung




Resepi Masak Kuah Percik ( - boleh apply pada daging ayam..ayam masak percik..bahan-bahan lebih kurang sama macam nak masak rendang hehe)..
Kelihatan likat

Sedang kacau2

Sedang masakkan bahan2

Baru saja masuk santan

Bahan-bahan

7-8 Biji    Bawang Merah
1 Biji       Bawang Putih
1 ulas     Halia
Sedikit/Hujung Jari saja   Kunyit Hidup
Sedikit/Hujung Jari saja    Lengkuas
1 Batang                           Serai dipotong atau diracik halus
________________________________________
( Semua bahan2 diatas ini kena blend/kisar (letak air sikit))

1 atau 2 Sudu Lada diblend ( nak pedas tambah lah lagi)
1 Mangkuk Santan Pekat
Garam
Gula


Cara-cara  

1) Masukkan Lada dan semua bahan2 blend tadi kedalam periuk dan masakkan ia sampai betul2 pekat
2)Setelah betul2 masak masukkan santan pekat..kacau dan sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak..kacau sehingga likat
3) Masukkan perasa garam dan gula secukup rasa..jgn sampai terasa manis ye
4) Kacau dan kacau sampai likat..dah tutup api..kacau lagi 3 minit...kemudian boleh siap dihidang...

- Bagi proses ikan kembung - saya buat proses seperti ikan bakar...saya gunakan pemanggang ajaib untuk bakar ikan tersebut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan