Suun Warna Kuning Digoreng |
Bawang Goreng( bawang merah Dihiris Halus kemudian digoreng) |
Telur Rebus (dah rebus tau) |
Daun bawang (dihiris halus) |
Bergedil Udang |
Nasi Impit ( Cara Senggat: 1 Pot Beras 3 Gelas Air) |
Tadaa! Hasil Selepas di Tuangkan Kuah Sup |
Gambar ini diambil Semasa makan tambah kali ke-2 |
Bahan-Bahan Buat Sup untuk Mee Soto (Saya buat Sup Ayam)
10 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
------------------------------ bawang kesemua diatas diblend
2 ketul (sebesar ibu jari) Halia dititik
2-3 Sudu camca kecil serbuk Lada sulah
1 Sudu camca kecil serbuk lada hitam
1 bungkus Sup Bunjut
Beberapa Gelas Air (depends kuah nak banyak mana)
Garam secukup rasa
Cara-Cara Buat
1) Tumis bawang -bawang besama halia dititik..sampai bawang jadi garing naik bau ( jangan sampai hangus)
2) Cepat2 masukkan Serbuk lada sulah dan lada hitam..
3) Gaul dan Kacau cepat2 masukkan beberapa kelas Air
4) Masukkan Garam dna Sup bunjut
5) Masukkan beberapa ketul ayam atau daging
6) Biarkan Kuah sup betul2 didih
7) Ayam dah masak..rasa dah ok ( Kalau boleh mesti ada rasa garam ..kalau kurang rasa boleh adjust tambah lada sulah tambah sikit garam..) boleh tutup api
8) Taburkan daun bawang/daun sup sbg hiasan dan menyedapkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan