Bahan-Bahan
6 Biji Kentang yang telah siap direbus dan siap ditos dan siap dikupas kulitnya
3 Biji Bawang Merah dan 2 biji Bawang Putih yang telah digoreng (JGN HIRIS)
Beberapa Ketul Udang yang di Goreng ( Nak guna ketulan daging pon sesuai dan lagi ok-jadilah bergedil daging...)
3 Camca Kecil Serbuk Lada Sulah
Garam secukup rasa
Daun Bawang dihiris Halus
Beberapa keping Roti Gardenia ke Massino dikisar jadi serbuk macam tepung
Sebiji Telur
Cara Buat
1) Lenyekkan semua Ubi kentang (jangan sampai keluar air)
2) Selepas bawang2 dan udang2 digoreng-diblend
3) Gaulkan bawang2 dan udang2 dengan lenyekkan ubi kentang
4) Masukkan Daun bawang2- Gaulkan sekali
5) Masukkan lada sulah dan garam
6) Masukkan serbuk roti yang telah dikisar tadi - Nampak berair masukkan serbur roti lagi...(roti menyerap air)
7) Gaul kesemua bahan2..x cukup rasa adjust tambah garam atau lada sulah lagi
8) Kemudian kepal lenyekkan kesmua bahan2 tadi- bentukkan bulat-salutkan dengan telur kemudian goreng
9) Bergedil kena goreng dengan api yg slow skit..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan