Isnin, 10 September 2012

Sayur Kobis Hijau Masak Lemak Putih


 picture credit to resepinannie.blogspot.com


Bahan-Bahan

5 Biji Bawang Merah sahaja diblend halus
Segengam Ikan Bilis Diblend kasar
Suku atau secubit saje Asam Keping ( Tak bubuh pon x pe)

2 Cawan Santan Kelapa Cair
1Cawan Santan Kelapa Pekat (Pati Santan)

Garam Secukup Rasa

Sayur kobis hijau
Su'un putih halus2
Tempe yg dipotong secara bentuk Rectangle



Cara-Cara Buat

1) Masakkan bawang2 bersama2 dengan ikan bilis yg sama2 diblend tadi..Masakkan bersama air sedikit. 

p/s: Cara ini bagi memastikan masakan kuah lemak kita dpt bertahan lama..dan telah sedia maklum kuah lemak mmg cepat basi..ini usaha nak elakkan basi..tapi masih kena sesekali panaskan jugala...

2) Sudah betul2 masak bawang2 dan ikan bilis tersebut, masukkan secubit asam keping

3) Seterusnya masukkan  Santan Cair, kacau/tembok selalu api kena besar waktu ini..dan kena kerap dikacau/ditembok- takut naik minyak..suapaya sedap

4) Sambil kacau/tembok, masukkan garam

5)Dah memndidih dan masak, masukkan santan Pekat pula...kena kerap dikacau dan ditembok..

p/s : once masakan itu dimasukkan Santan seperti kuah lemak, masak serawa, pengat ke, yang x boleh kuah nya pecah minyak..memang santan wajib kerap dikacau/ditembok selalu x boleh delay dan tinggal2kan...

6) Setelah kuah sudah agak2 lama dikacau2/ditembok dan telah betul2 masak dan mendidih..masukkan Su'un, Tempe, (setelah agak2 dah masak skit kemudian...),penghabisan sekali masukkan sayur kobis hijau..

7) Tutup Api Dapur dan kuah lemak masih perlu dikacau dan ditembok selama seminit dua minit..dan tutuplah periuk..biarkan sayuran masak dalam keadaan haba periuk yg masih panas itu;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan