Isnin, 10 September 2012

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap
 picture credit to notafahmie.blogspot.com
Bahan-Bahan

 2 Sudu lada yang siap di blend
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 ulas halia
1 biji Bunga lawang
1 biji Buah pelaga
1 batang Kulit kayu manis
Secubit Jintan Kasar ditumbuk sekali atau dua kali

2 Sudu Kicap masin
3 Sudu Kicap manis
Sedikit Air Asam jawa
Garam(jika perlu) sepatutnya x payah bubuh sebab dah ada kicap masin..

Beberapa ketul Ayam dimasak secara half cook..


Cara-Cara Buat

1) Garingkan lada . Bubuh bersama seulas halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2) Kemudian masukkan bawang2 merah dan putih yang siap di blend, Gaul bersama  sehigga garing. Kemudian masukkan Jintan Kasar
3) Setelah betul2 masak, bubuh kicap ( pandai agak2 dan berhati2 dengan kicap masin kerana ia akan memberikan rasa masin pada masakan)
4) Bubuh sedikit air asam jawa
5) Masukkan beberapa ketul ayam yang dimasak secara half cook..
6) Gaul2 dan balikkan2..dan tunggu sehingga ia betul2 masak sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan