Jumaat, 24 Oktober 2014

Collection of recepies

Cheese Cake Meleleh
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
pewarna merah
1 sdk strawberry paste
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan pewarna merah,1 sdk strawberry paste,
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek






RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
BAHAN-BAHAN :
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN
tauhu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================
CARA TEPUNG UDANG KERING
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
CARA MASAK KUAH
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
CARA HIDANGAN.
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



















Cream Puff
Bahan-Bahan :
500 ml air
250 gm tepung gandum
200 gm mentega
6 biji telur
BAHAN UNTUK KRIM :
2 cawan susu cair
10 sudu besar gula
3 cawan air
70 gm tepung kastard
15 gm mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
Cara-cara Menyediakan : 
1. Masukkan air dalam kuali dan masukkan mentega dan kacau hingga sebati dan mendidih.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Teruskan mengacau dan kekalkan api yang sederhana hinggalah adunan sebati dan tidak lagi melekat pada kuali.
4. Biarkan adunan menjadi sejuk selama 30 minit..
5. Selepas 30 minit,masukkan 6 biji telur dalam adunan tadi dan gaulkan lagi sehingga sebati.
6. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat…jangan terlalu lembik dan keras..macam adunan cekodok bilis…
7. Masukkan adunan dalam senduk/sudu dan letakkan adunan dalam loyang/talam.
8. Bakar dalam oven dalam 45 minit hingga bahagian luar adunan menjadi kekuningan/keperangan.
9. Setelah siap dibakar,hirislah sedikit bahagian tengah adunan puff untuk dimasukkan krim nanti.
10. Penuhkan bahagian tengah puff dengan krim.
11. Untuk menyediakan inti krim :
12. Masukkan tepung kastard dalam mangkuk beserta air…(BAHAN A)
13. Dalam periuk,masukkan gula serta air dan masak sehingga mendidih.(BAHAN B)
14. Kemudian,campurkan bahan A,telur yang dipukul,mentega serta susu cair ke dalam bahan B.
15. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat.












Cheese Cake Milo biskut yg begitu popular sekarang 
Apa kata kita belajar membuatnya ...
BAHAN-BAHAN:
NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR
(untuk celupkan biskut)
CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. kemudian masukkan setengah susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.
3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-masing.
4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula. milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana. lagi banyak milo tu lagi sedap.
5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi untuk cheesecake milo biskut aku ni, aku cuma dapat buat 5 lapisan je. pada lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.
6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman.












Resepi Kek Marble Cheese ..sedapnya lahai
Via : 
D' Trim Slimming
Bahan-bahan ( saiz kek 23cm )
- 250 gram butter
-1 cawan serbuk koko
-3 biji telur
-1 setengah cawan gula kastor
-1 setengah cawan susu cair
-1 setengah cawan tepung gandum
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bicarbonate soda
-1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan cheese:
-250 gram cream cheese
-1 cawan gula kastor
-1 biji telur
Cara-cara membuat:
1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.
3. Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.
4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.
5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang. 
Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag. 
Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit.
Untuk lapisan cheese:
1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.
2. Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi





RESEPI MEE REBUS
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.
Selamat Mencuba!!






Sabtu, 7 September 2013

MASAKAN KHAS BAGI ORG SAKIT DAN BERPANTANG

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat

Ahad, 9 Disember 2012

Mee Udang

Bahan-bahan

2 Sudu Besar Lada yg siap di blend
7 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
Sedikit / Hujung Jari Halia
Stok Udang
(Teknik penyediaan stok udang:
a) Rebus kulit2 dan kepala2 udang dlm air
b) Kemudian, toskan, dan semua kulit2 dan kepala2 udang tadi dimasukkan dlm blender then blend sehingga hancur
c) Tuang air kulit2 udang tadi menggunakan tapis

Beberapa potong hirisan Fish Cake
Ketulan Udang2 ( Teknik: bila kuah stok mendidih masukkan ketulan udang2 selepas kemerahan/dah masak sikit terus angkat! asingkan! nak makan baru bubuh sekali)
Hirisan Sayur Sawi  yang telah dicelur
Beberapa biji Telur Rebus dibelah2
Beberapa daun bawang
Garam secukup rasa
Mee Kuning ( Telah siap dicelur dgn air panas yg dibubuh sedikit sahaja gula)



Khamis, 1 November 2012

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan

4 Sudu Besar lada /Cili kering siap diblend
5 biji Bawang merah
3 Biji Bawang putih
Sebesar ibu jari Belacan
Sekeping kecil Asam Keping
3 Batang Serai
Segengam Daun Limau Purut
Garam sedikit sahaja
Setengah sudu Gula

Rabu, 31 Oktober 2012

Ikan Terubuk Masak Kuah Haji Sulaiman

Bismillah

Sedikit coleteh hehe, ;) resepi ini merupakan makanan kegemaran mak saya....dan juga sesuai dimakan untuk org yg x sihat/ sakit.....sebenarnya mak saya tak tahu exactly bahan2 untuk resepi kuah haji sulaiman ini....mak saya pernah merasa dan makan makanan ini dahulu, melalui rasa makanan yg dimakannya itu mak saya mengagak apakah bahan2nya dan cuba memasaknya..pendek kata mak saya cuba mencipta resepi/mereka bahan2 hasil dari merasai masakan tersebut..dan paling kelakarnya saya tak kenal siapakah haji sulaiman itu? sedara ke apa ke? saya tak tahu pula..dan kenapa kah nama kuahnya haji sulaiman? maybe seorg yg bernama haji sulaiman itu kot yg cipta kuahnya itu hehe ok..mari kita lihat bahan2...


Bahan-Bahan

Bahan A

10 -12 biji Lada Hidup
6 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
Sedikit/seulas kecil (hujung jari) Halia
Sedikit /kecil Hujung Jari saja Kunyit Hidup
Sebesar Ibu Jari Belacan
 ________________________
Semua bahan A diatas siap diblend hancur


Seterusnya Bahan B

1 keping Asam keping
2-3 Batang Serai
1 Biji Tomato belah 4
Sehelai Daun Kunyit
Garam secukup rasa

Cara-Cara Buatnya 

1- Garingkan Bahan A..(masukkan serai pada waktu ini boleh..)
2- Dah garing masukkan Serai dan Asam Keping
3-  Kemudian masukkan garam secukup rasa
4- Dah cukup rasa masukkan Ikan terubuk
5- Selepas 3-4 minit ikan dah masak boleh masukkan sehelai Daun Kunyit
6) Tutup api dna tudung periuk

---> maaf ..tiada gambar hehe tapi masakannya berwarna oren2 kekuningan...hehehe insyaAllah sedap rasanya...

Rabu, 10 Oktober 2012

Ayam Masak Serai

Bahan-bahan

7 Sudu Besar lada yg siap di blend
1 ulas halia
3 Batang Serai
1 keping kecil Asam Jawa
7 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
Suku Cawan Air
Setengah Sudu Gula
1 Sudu Besar Garam
5-10 Ketul  Ayam


Cara-cara

1) Tumis dan garingkan lada
2) Dah Garing lada, masukkan bawang..kacau sehingga garing sampai betul2 msak
3)Masukkan bahan Serai,Halia, Asam keping
5) Masukkan suku cawan air
6) Masukkan garam gula..(jgn sampai terasa gula atau manisnya)
7) Masukkan ayam..biarkan dia betul2 masak dan lembut..

Khamis, 4 Oktober 2012

Kari Ikan





Bahan-Bahan

6 Biji Bawang Merah
2 Biji Bawang Putih
____________________bawang2 diblend
Sebiji Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang
7 Sudu Serbuk Kari Ikan dilarutkan dengan air
Sedikit Asam Jawa
1 Biji Kelapa diparut - perah jadi santan..santan pekat dan cair

Ikan digunakan ialah ikan merah
Sayuran : Terung, Bendi, Tomato,kiub Ubi Kentang yg siap diempuk
Garam secukup rasa


Cara-Cara buat

1) Tuang minyak masakkan dan garingkan bawang2 sehingga keperangan..masukkan bersama buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang
2) Kemudian masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarut air..kacau sehingga serbuk kari tu garing..kacau2 tuang sedikit minyak kalau rasa x cukup minyak..tuang air sedikit demi sedikit (proses ini penting)
3) Sudah garing serbuk kari.. masukkan santan kelapa (yg telah diperah bersama sedikit asam jawa tadi)..kacau dan kacau..
4) Masukkan kiub ubi kentang..masukkan garam sedikit...tunggu hingga kuah didih
5) Masukkan Ikan Merah, terung , tomato dan bendi..biarkan selama 3-4 minit
6) Tutup api dan tutup periuk...