Selasa, 24 Julai 2012

Nasi Minyak dan asasnya






(Hidangan 4-5 orang)
Bahan-bahan

2 pot Beras Mati dibasuh bersih dan ditoskan air betul2..
_____________________

1 atau 2 sudu minyak sapi
________________________
*8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 ulas halia
_____________________
*semua bahan atas dikisar bersama

1 sudu susu cair ( x masuk pon tak pe, terlebih nanti muak nak telan nasi)

Bunga lawang
Daun pelaga
Kulit kayu manis

Garam = masin2 jambu

Ukuran/Senggatan

1 pot Beras Mati =  Satu /Satu setengah Gelas Air = 4 biji bawang merah 2 biji bawang putih



Cara Buat -buat

  1. Blend bawang2 bersama halia dan tumis bersama minyak sapi dalam periuk nasi
  2. Masukkan  bunga lawang, daun pelaga, kulit kayu manis kacau sehingga layu dan naik bau
  3. Kemudian masukkan Pot Air Gelas ( pot ikut ukuran beras tu)
  4. Kemudian masukkan satu sudu susu cair
  5. Masukkan Garam...
  6. Waktu ini boleh lah nak masuk rempah briyani ( boleh jadi nasi briyani) ke rempah bukhari (boleh jadi nasi bukhari ) ke..masuk coloring ke..jadilah nasi color2;p atau hirisan tomato kalau nak buat nasi tomato ke ye;D....
  7. Kemudian kacau sikit..tunggu air didih
  8. Sudah didih, secara pantas, masukkan pot Beras mati yang telah dibasuh dan ditos
  9. Kemudian sentiasa di sereh/dikacau


Teknik penting : Bila Air beras nak dekat kering..sikit2 nak kering.. cepat2 punat periuk nasi yg title 'cook' naik keatas jadi 'warm'..kacau2 cepat dan tutup periuk nasi..biar nasi itu masak dgn haba panas periuk..lagi setengah jam kacau dan kacau..ini penting utk elak nasi jadi berkerak..separuh masak dan menjelantah dsb..supaya ia lembut menjadi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan