Bahan-Bahan
Bahan Tumis
2 sudu /3 sudu/4 sudu lada yg siap dikisar ( terpulanglah pd tahap kepedasan yg dikehendaki)
10 biji bawang merah 4 biji bawang putih
Hujung sudu/Sedikit Udang Kering yg telah dikisar
Bahan Rencah
Beberapa ketulan kecil ayam
Beberapa ketulan kecil udang
Beberapa ketul Daging
Perasa
Kicap manis
Kicap masin
Garam ( pandai2 agak rasa)
Bahan Hiasan
Hirisan halus telur dadar goreng (untuk meehoon)
Hirisan daun sup
Hirisan cili hidup
Daun kucai
Hirisan Sawi
Hirisan Kobis ke
Cara Buat :
1) Garingkan bahan tumis..mesti betul2 garing supaya nak elakkan masakan basi
2) Kemudian masukkan 2 sudu kicap manis dan 1 sudu kicap masin
3) Kacau2 sikit kemudian masukkan air..jgn byk..masukkan garam agak2 rasanya
4) Masukkan bahan rencah..jgn lama2..
5) Agak air tumisan sikit2 nak kering dan mendidik masukkan mee/bee hoon dan mee..gaulkan rata2 perlahan2
6) Kemudian taburkan bahan2 hiasan
7) Tutup api dan hidang
p/s : Untuk Goreng Mee : Selepas tumis bubuh air sedikit saja sbb Mee dah sedia lembik
Untuk Goreng Meehoon : Selepas tumis bubuh air banyak sedikit x pe sebab nak lembutkan meehoon putih
Penyediaan Meehoon/Beehoon:
Rendam dalam air selama sejam saja..
Penyediaan Mee Kuning
Secara pantas rendam mee kuning dgn air panas beserta dgn sedikit gula (hujung sudu) - tujuan nak buang kapur/ bahan2 apa entah hehehe sbb hasilnya bila rendam air panas beserta gula kelihatan keluar segala minyak2 dri mee kuning tersebut- paling important kita nak makan suci bersih dan halal kan..(mak saya ajar dan slalu ingatkan)