Isnin, 20 Ogos 2012
Ketam Masak Lemak
sample gambar from photopages
Bahan-bahan
1-2 sudu Lada yang telah diblend
Sedikit hirisan kunyit hidup
5 biji Bawang Merah
1 cubit keping asam keping
1 atau 2 gelas santan
Garam secukup rasa
5-6 ekor Ketam
Sayur batang keladi
Cara-cara Buat
1) Masukan sedikit / suku gelas air kedalam periuk, kemudian masukkan lada, hirisan kunyit hidup dan bawang merah yang telah siap diblend...kacau sehingga betul2 masak/mendidih ...(tujuan nak elak basi)
2) Kemudian masukkan asam keping seterusnya pati santan kacau/sereh dan sentiasa kacau/sereh...
3) Masukkan sayur batang keladi ( sebelum itu kena rebus dulu)
4) Masukkan garam secukup rasa
5) Masukkan ketam..bila kulit ketam dah warna merah2..dah masak lah tu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan