SOS JEMPUT-JEMPUT
Bahan-bahan ( asas)
12 biji Cili hidup
7 biji bawang putih
SosTomato sikit
Garam
Gula
2 Cawan Air
Cara-cara Buat
1) Kesemua bahan-bahan diatas diblender hancur..
2) Kemudian dimasukkan dalam periuk kecil, buka api, masakkan ia kacau dan kacau sehingga ia kelihatan likat. (rasa kena agak2..sekiranya terkurang boleh bubuh garam/gula/tambah sos tomato)
3) Setelah itu boleh dihidangkan atau disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan bila-bila....
SOS IKAN BAKAR
Bahan-Bahan
3 atau 4 Senduk lada
Sedikit belacan
9 Biji Bawang Merah 1 biji Bawang Putih
Garam
Beberapa hiris Tomato
Beberapa hiris Bawang Besar
Sedikit Gula
Air Limau
Cara Buat
1) Garingkan lada bersama belacan
2) Setelah betul2 garing, masukkan bawang2 yang telah diblend
3) Setelah betul2 masak dan garing, masukkan hirisan tomato dan bawang besar
4)Bubuh Garam dan sedikit sahaja gula (anggaran gula hujung sudu saja..)
5) Kemudian tutup api dan kacau2..setelah tutup api..barulah tuang air limau nipis..sedikit2 dan rasa jgn sampai terlampau masam pula..
6) Rasa mesti ada masin masam dan manis ;D