Ahad, 5 Disember 2010

Kuah Blackpaper

 Ermm..saya sedang berangan-angan sejak menduduki final exam lagi nak buat sendiri resepi Chicken Chop dan kuah blackpaper hehe..sedang giat mencari resepi..mudah2an saya mampu mencubanya nanti..ini resepi dikirim oleh seorang kawan yang Pro...

Bahan-bahan

1. Bawang putih & bawang merah (cincang)

2. Demi-glaze instant jenama Knorr (bancuh ikut arahan kat peket)

3. Whipping cream jenama Emborg (dalam kotak)

4. Bay leaf

5. Black Pepper (tumbuk halus)

6. Salt & Pepper

Cara :

1. Tumis bawang putih & merah dengan minyak.

2. Letak demi-glaze yang dah dibancuh dengan air.

3. Guna api kecil, sehingga demi glaze pekat.

4. Sementara nak pekat, letak bay leaf dan black pepper.

5. Dah pekat sikit letak whip cream sedikit, sesuaikan dengan rasa. nak creamy lebih letak byk cream, kalau tak nak creamy sangat kurangkan letak cream.

6. Last sekali letak salt & pepper. Sebelum letak rasa dulu sebab demi-glaze ni dah masin, jadi jangan letak garam banyak sangat.

7. Dah siap! Nak pekat @ cair ikut selera qida, kalau nk buat mushroom sauce gantikan blackpepper tu dgn cendawan butang. Senang je, hehe.

Nak beli serbuk instant demi-glaze tu ada jual kat tesco @ giant. Dalam rm20 1 peket, tp boleh guna byk kali. Hehe. Selamat mencuba!

Lagi-lagi input... ( terima kasih Nurul Jannah..terima kasih atas perkongsian..)

wah segan kita qida tanya mcm kite expert je, hehehe..emm sng je qida, cari resepi kat tenet pun byk leh bantu. Kita try jawab yg mana boleh k!

1. Chicken bolognese mcm wat meat bolognese gak, nak senang guna sos prego. Cepat n sedap. kalo cara original leceh tp resipi leh search kat tenet. Macam2 versi ada.

Grill lamb kita perap guna minyak, salt, pepper, paprika ,sos L&P, sos HP dan sprinkle daun rosemary yg kering. Masak atas pan sampai tahap garing yg qida suke.

Roast beef kita guna salt, pepper, kunyit, paprika, sos L&P dan sos HP. Kalo guna tenderloin ambil masa 45 minit utk masak (kalo lebih 45 minit daging jd masak betul, kalo 45 minit tgh2 nye ada pink2 sikit)

Chicken chop dah lama tak buat, kena cek buku resipi. Hehe

Macam kita wat masak daging2 ni kt malas nk prep lama2, so kita perap dalam sejam je.

2.nk cari whipping cream nanti qida pergi tesco ke kat tempat jual keju2, dekat situ ada jual whip cream biasanya dalam kotak kecil/ besar.Mmmg tulis mcm tu.

Kita selalu guna cheese macam2 qida, yg penting jenis cheese seperti dalam resepi. 

2 ulasan: