Selasa, 21 Disember 2010

Ikan Siakap 3 Rasa Stail/ Versi Aqeeda haha..;D

Hari ini InsyaAllah, saya puasa..huhu tapi mesti kena masak juga. Dah rutin.. Maka, saya pon teringin la nak masak resepi Ikan Siakap 3 Rasa. Apakah rasa 3 Rasa tuh???. Sebelum ni x pernah rasa dan x pernah makan lauk ni. Ini baru first time dlm hidup buat. So harap-harap ia menjadi dan sedap rasanya. Saya google cari resepi nih..ada lah 2-3 jenis resepi dan cara-cara buatnya..pening punya pening.. akhirnya saya gabungkan je semua bahan2 nye..bantai je asal kunun2 jadi..tapi sekali imbas mcm ala2 sweet sour fish plak..apakah resepi Ikan 3 rasa itu sama dgn sweet sour fish??..bebel pjg2 ni mari kita lihat resepinya..

       Kredit to mycooking2u.blogspot.com

 ----->               Gambar masakan saya lebih kurang seperti rupa diatas ..kuahnya agak pekat hehe;D

Bahan-bahan

Bahan A : Untuk Ikan Siakap

1 ekor Ikan Siakap ( ada org guna ikan kerapu la bawal la ..)
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
____________
Gaulkan Ikan dengan semua bahan siap2 hehe.. kerja menggoreng dilakukan pada akhir sekali selepas buat kuah sos 3 Rasa...hehe..

Bahan B : Sos ( yang dikatakan resepi 3 Rasa itu..hehehe)

a)
1sudu/senduk lada yang diblender
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 hiris halia
2 batang serai dititik
________________
1/2 bawang besar


p/s ;- bawang2 tadi siap diblender/ ditumbuk.. ( ada optional  setengah org bubuh sikit bunga kantan;D)

b)
1/2 sudu Sos Tiram
1-1/2  Sudu Sos Tomato
1 sudu Tomato Puree / Sos tomato Prego ( Optional/ dua2 campur je)
1-1/2 sudu Sos Cili
1 sudu Kicap Manis
1/2 Kicap Masin ( x bubuh pon x pe-x wajib sbb nanti terlebih masin)
Daun Limau Purut ( nak kasi ia wangi)
___________________________________
1 cawan Air dan 1/2 cawan air tepung jagung ( nak kasi kuah pekat)
_________________________
(Pandai-pandai agak sukatan bahan dan sukahati..)

c)
Carrot yang dipotong bulat-bulat/suka hati
Buah Tomato / nanas dipotong dadu ( optional/ x masukkan pon x pe...)
Cili hijau,Daun sup/ daun bawang  dan bawang goreng utk hiasan...
Garam dan Gula secukup rasa


p/s : Mesti masakan itu ada 3 rasa seperti masin, masam, manis..;)


Cara-Cara

1) Mulakan dengan menumis Bahan B (a) sampai lah garing..last kali masukkan hirisan 1/2 bawang besar tu. kacau dan kacau.( masuk dan masakkan lada dulu ...diiikuti bawang2 halia..step by step..)

2) Kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan ( bagi Bahan B (b) ) kemudian sambil masukkan satu persatu bahan sambil tu kacau dan kacau kasi betul2 masak dan sebati.

3) Selepas bahan2 semua mesra, garing dan sebati. Akhir sekali baru masukkan  Daun limau purut, Air dan Air tepung jagung nak bagi dia berkuah sikit.

4) Kemudian masukkan Bahan B (c). Tapi tadi saya masak bubuh carrot saje. Sebab nenas dan buah tomato tiada...huhu. Jgn lupa bubuh sedikit garam dan gula. Berhati-hati ye agar x menjejaskan rasa hehehe...Kuah sos dah menggelegak tutuplah api dapur..dah masak dah...

5) Akhir sekali, goreng ikan siakap yang dah digaul dgn Bahan A tadi,, Sambil tunggu goreng ikan tu masak. Pergilah buat hiris daun sup/ daun bawang dan bawang merah atau pergilah basuh2 pinggan dlm sinki tu ye..;p

6) Siap sedia dihidang bersama nasi panas..
.
 Ini pic copy paste- rupanya ala2  mcm nila tapi pic ni ada buah tomato dan nenas


7) Best juga masak sendiri daripada beli makan luar..tiada ajinamoto malah bersih lagi halal..InsyaAllah..:)


p/s : Antara pelbagai jenis resepi Ikan Siakap 3 Rasa yg boleh dicuba :
Copy & Klik 
http://mama-hawa-nani.blogspot.com/2010/04/ikan-siakap-3-rasa.html

1 ulasan:

  1. terima kasih untuk resepi ini.. sgt mudah dan sedap.. suami siap mintak buat lagi..hehe

    BalasPadam