CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kueh Tiaw Goreng

 picture credit to azeima2000.blogspot.com


Bahan-Bahan

Cili giling/ dah siap diblend
8 biji Bawang merah
3 biji bawang putih
2-3 camca sos tiram
Kicap Manis
Kicap Masin

Perencah

Kerang
Udang
Sotong
Daging ayam kecil2
Fish cake

Hiasan/ Sayuran

Hirisan Sayur Sawi
Daun Kucai/ Daun bawang
Taugeh
Hirisan Cili Hidup


Cara- Cara buat

1) Tumis cili giling/ cili blender sampai garing
2) Masukkan bawang2 merah dan putih yang telah siap diblender juga kemudian tumis juga sampai garing
3) Selepas tumisan dah garing masukkan beberapa camca sos tiram kemudian kacau2
4) Selepas 3 minit masukkan kicap manis dan kicap masin..kacau2 dan kacau..;)
5) Seterusnya masukkan 2-3 cawan air
6) Masukkan bahan2 perencah..tutup sekejap biar kuah dia mendidih
7) Setelah mendidih, masukkan sayur2 sayuran..
8) Akhir sekali, masukkan kueh tiaw ke dalam kuali dan balikkan2..biarkan seketika..tutup api dah boleh hidang ( nak berkuah sedikit/ nak kering - itu option terpulang lah yer:) )

0 ulasan:

Catat Ulasan