Ahad, 15 Mei 2011

Sotong Kuah Hitam/ Squid in Black Ink


krediti to :http://www.networkedblogs.com/blog/isteri_masak_suami_makan/

Bahan- Bahan

Bawang merah
Bawang putih
Seulas Halia
2 batang Serai dititik
Beberapa helai Daun Limau purut
Beberapa hiris bawang besar
Beberapa hiris Cili hidup
Garam secukup rasa
Sotong dah siap disiang yer..sukahatila nak byk mana



Cara Buat

1) Pertama : blender / tumbuk bawang merah dna bawang putih..
2)  Kemudian panaskan periuk/ frying pan..tuang minyak ..masukkan seulas halia. bawang2 tadi dan daun limau purut..kacau2 sehingga bawang2nya garing dan cukup masak bukan sampai hangus ya..
3) Seterusnya masukkan hirisan cili hidup..kacau2..lagi
4) Masukkan bahagian kepala sotong dahulu..picitkan bahagian mata sotong yg bercolor hitam utk mengeluarkan airnya..airnya color hitam../ dakwat hitam kacau balik2kan
5) Kemudian..masukkan semua bahagian badan2 sotong ..kacau balik2kan..
6) Seterusnya bubuh garam secukup rasa..selepas tuh bubuh hirisan bawang besar sebagai hiasan
7) Tutup penutup frying pan..kecikkan api..tunggu sampai betul2 masak..

p/s : Resepi ni x perlu bubuh air utk kelihatan berkuah..masakan ni mmg tetap berkuah sbb sotong sendiri adalah pembawa air..
         Bilangan bahan/ sukatan sila buat anggaran sendiri




Jumaat, 13 Mei 2011

Tauchu Miss Aqeeda ;D

Assalamua'laikum semua???...Apa Khabar Semua????? Kaifa Halukum?? Como de Estaz?? 

hehe perasan macamlah ada ramai org baca blog entah apa2 nih hehehe..setelah sekian lama Ruang Dapur Aqeeda ni menyepi..menyepi kerana busy dgn tuntutan2 kewajipan seperti belajar dan peperiksaan yg memerlukan komitmen dan kesungguhan yg tinggi....hehe masak memasak ni sambil2 aje..time rajin mmg sgt semangat..mmg semangat over..kalau time malas tuh huhu~~ entahlaaa..tapi kerja masak2 ni sambil2 aja...sometimes cooking is a good therapy for stress/ other unstable emotion haha..Alhamdulillah mood tgh heppy yg sihat tgh cool nih saja je la nak share satu resepi masakan yg enak untuk dibuat menu makan tengahari..jom mari sama2 kita lihat!



Bahan-bahan

6 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
Halia ( ambil hujung jari je..cukup 1 hiris nanti payau mak kata ;)) letak asing
Cili kering yang telah diblender ( 1-2 sudu besar)
Kacang Tauchu dibilas dgn air
Air asam jawa sedikit dalam 1 sudu
Cili hidup hijau/ merah-hiasan
Bawang besar-hiasan
Tomato
Asam jawa..agak2 sbb dah masukkan tomato
Cili padi ( sesape nak makan pedas kaw2 la yer;))
 Ikan Selar/ Ikan tenggiri/ atau apa2 ikan yg sesuai lah ( sukahati lah nak bape ekor nak makan) -> siap dibersihkan dan digaul garam kunyitkan...siap digoreng garing

Garam
Gula sikit



Cara-Cara Buat

1) Panaskan kuali..macam biasa pergi masak garing bawang merah dan bawang putih ( siap blender) serta cili kering/ giling ..

2) Selepas dah garing..masukkan kacang tauchu...kemudian kacau pelahan2 kasi masak

3) Kemudian masukkan sedikit  air asam jawa..kacau..masukkan halia, tomato dan lada hidup  yang telah siap dipotong/ dihiris..kacau dna kacau..elok2 jgn sampai hancur lak...

4) Kalau nak kuah..masukkan/ tambahkan air yer..sukahati lah nak byk mana

4) Di sudut lain panaskan kuali..goreng lah ikan...setelah ikan itu agak2 dah suam..boleh masukkan ikan ke dalam kuah tauchu ini tadi

5) Setelah semuanya siap masak..akhir sekali masukkan hirisan bawang besar..bubuh cili padi bg sesape nak pedas tuh yer...untuk hiasan kelihatan cantik dan best



p/s : Tak perlu letak garam byk sbb kacang tauchu tuh dah cukup rasa masinnya..apapon terpulang..nak bubuh gula/ apa2 perisa pon terpulang pada rasa masing..yg pntg bila mkn rasa best!!! ;)

Kredit to http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1