Ahad, 31 Julai 2011

Kuah Asam Pedas Pekat Cik Aqeeda..hehe

Picture credit to : loveiscinta85.blogspot.com
Bahan-bahan

(A)

Lada yang telah siap diblend (6 Senduk)- nak bg pekat
2 ulas halia-( dipotong/ dihiris sikit)
Sedikit Kunyit hidup-( dipotong sikit)
___________________________
(B)
6 Cubit Belacan
4 biji Bawang merah 
2 biji Bawang putih

(p/s  bawang-bawang semua siap diblend/ditumbuk bersama dgn belacan)

(C)

Semangkuk Air Asam jawa
Garam secukup rasa


Sayur-sayuran

Bendi
Terung
Daun Kesom
Kacang panjang
Buah Tomato
Daun Limau Purut sebagai hiasan..



Beberapa ekor ikan

p/s ( ikan jenis apa saya x pasti hehehe - sbb sy antara anak dara yg kurang mengenali jenis2 ikan hehe ;D;D- hanya tahu rupa ikan kembung, ikan bawal, ikan merah, ikan keli..so better refer kat mak-mak..makcik-makcik..dan mereka2 yg kenal ikan yer;D;D;D ;p;p) hahaha

(p/s- : kesemua bahan2 kena pandai anggarkan sendiri)


Cara -cara Buat

1) Tumis bahan2 ( A ) sampai betul-betul garing
2) Selepas ia dah garing..masukkan bahan2 (B), kacau bersama dan tumis bersama sampai garing lagi
3) Selepas tumisan sumer dah garing..masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit..kacau dan kacau sampai sebati dan betul2 masak
4) Masukkan garam secukup rasa
5) Masukkan Sayur-sayuran
6) Masukkan beberapa ekor ikan
7) Tutup Api dan selamat untuk dihidang

p/s : kenapa masuk ikan last? tgk pada jenis ikan..kalau masukkan ikan terlalu awal dikhuatiri hancur/ terburai isinya maka x cantiklah rupa masakan..hehe

kenapa masuk sayur last? sebab nak elak zat sayur dari hilang dan hindar sayur dari luduh..
Maybe cara penerangan2 saya dalam Ruang Dapur Aqeeda ini mcm x praktikal..apapon ini memberi faedah dan kebaikan saya sendiri untuk mengingati bahan-bahan masakan agar x luput dari ingatan sy sendiri..

Selamat Mencuba ye!!

Saya adalah bernama Cik Aqeeda.. selaku Pemilik Ruang Dapur Aqeeda ingin mengucapkan Selamat BERPUASA ...Ramadhan Kareem....Ramadhan Al-Mubarak....

Jadikan Bulan Ramadhan  kita kali ini merupakan bulan untuk kita berPESTA IBADAH KITA.....BUKAN BERPESTA seronok UNTUK MAKAN-MAKAN...bukan BERPESTA UNTUK MEMERIAHKAN DAPUR KITA....berpada2 lah yer.....bukan apa yer..bulan Ramadhan datang setahun sekali... esp 10 malam terakhir byk sgt fadhilat dan ganjarannya..inilah masanya untuk kita top-up amalan2 dan pahala2 serta ganjaran2 yg Allah beri..kita khuatir kelak maybe esok lusa umur kita x panjang...khuatir x berpeluang nak nikmati Ramadhan akan datang .

 jadi marilah kita rebut peluang keemasan ini dan manfaat ini sebaik mungkin ...ok sekian saje tazkirah daripada Cik Aqeeda...Semoga Ramadhan membwa Rahmat dan Kebaikan pada kita semua dan seluruh umat Muslimeen..Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Selamat Beramal!! ;)