Khamis, 9 September 2010

Masakan Rendang Raya Aqeeda

gambar hiasan semata2

Bahan-bahan

A
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas muda
(blender betul2 hancur)
Batang serai yang dihiris halus2 kemudian diblender betul2 hancur)
Halia muda ( jgn byk -anggar sedikit saje)
Kunyit hidup sikit saje -hujung jari
(blender betul2 hancur)
p/s : blender bahan hancur2 halus2 supaya rendang itu kelihatan cantik.

B
Lada yang digiling/diblender
Daun limau purut

C
Santan Cair dan santan pekat
1 Ketul Gula Melaka
Garam secukup rasa

D
Satu kilo setengah Ayam
Daun kunyit
Kerisik ( kelapa diparut kasar kemudian dibakar dan diblender sampai hancur)


Cara2 buatnya :

1) Panaskan minyak, masukkan lada giling byk2, kacau-kacau lada sampai garing
2) Selepas lada dah garing, masukkan bahan-bahan A ..kacau2 dan kacau sehingga betul2 garing
3)Masukkan daun limau purut
4) Kemudian masukkan santan cair dan santan pekat
5) Kacau dan teruskan kacau hati2 santan kalau x kerap dikacau boleh pecah minyak
6) Masukkan 1 ketul gula melaka..kacau dan kacau
7)Masukkan garam secukup rasa..kacau dan kacau
8) Masukkan satu kilo setengah ayam tuh, kacau perlahan2 balik2balikkan ayam..slow kan api..
9) Selepas bahan2 rendang dah betul2 masak..yg terakhir sekali barulah masukkan kerisik
10) Seterusnya kacau dan kacau masukkan daun kunyit ya..

p/s
: masak rendang mmg lama dan sedikit leceh dan juga hati2
: bahan2 mmg kena byk especially Bhn2 A..apa2 anggarkan sendiri
: Petua rendang nak sedap, nak elak berair dan tahan lama disimpan sampai 2-3 hari, pastikan semasa menumis lada giling dan bahan2 A tu lama sedikit dan betul2 garing..sbb bila bahan2 tersebut betul2 dimasak.
: Sebaik sahaja masukkan santan..masakan itu perlu kerap dikacau nak elak pecah minyak.. nanti masakan kurang sedap..
: Lain org, lain budaya dan lain style memasak rendang..apapon ni masakan rendang yg sgt basic hehehe...
: Boleh berkuah kalau suka( saya mmg suka berkuah)...kalau x nak berkuah nak kering..tunggu masakan itu masak lagi lama sampai betul2 kering dan kesing...tapi kalau kerap dipanaskan rendang akhirnya ia kering jua..hehehe
: Selamat Hari Raya ya! hidanglah dgn ketupat, nasi impit, nasi minyak mahupun nasi putih..



Kuah Kacang

Bahan-bahan

(anggaran kalau makan 5 org..
apa2 lebih kurang terpulang yer)

  • Beberapa biji Bawang Merah
  • Beberapa biji Bawang Putih
  • Lengkuas
  • Beberapa biji buah keras
  • Beberapa batang serai
  • Lada yang digiling
  • Beberapa udang yang diblender( boleh byk sikit)
  • 2 batang gula melaka ( ada jual dlm peket)
  • Kacang2 ( terpulang beberapa gram)yang telah dibuang kulit, dah dibakar dan diblender hancur( x la hancur sgt)
  • Asam keping ( sedikit saje)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara buat :

1) Blender bawang merah, bawang putih bersama lengkuas
2) Penaskan minyak, masukkan lada yang digiling/diblender..kacau sehingga betul2 garing( byk lagi best)
3) Kemudiakan masukkan serai, kacau dan kacau lagi
4) Selepas lada betul2 dah garing,Seterusnya masukkan bawang merah , bawang putih dan lengkuas yg telah diblender tadi kacau, dan terus kacau supaya ia betul2 masak dan garing
5) kemudian masukkan buah keras ( buah keras tu diblender sikit je)(utk menyedapkan lagi)
6)Kemudian masukkan udang yg telah diblender tadi..kacau dan kacau
7)Setelah betul2 masak dan garing, masukkan sedikit air, kemudian masukkan 2 ketul/batang gula melaka..kemudian biarkan..sesekali kacau bahan2 tuh, jgn lupa bubuh garam secukup rasa ya!
8) Kemudian masukkan kacang yang telah hancur itu.
9) Biarkan ia dan sesekali perlu dikacau, kecilkan api..
10) Akhir sekali, dah betul2 masak dan likat..tutup api.. masukkan asam keping, kacau2 sikit
11) Akhirnya, boleh la dimakan dan dihidang bersama nasi impit/ ketupat hehe..
12) Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..