Ahad, 20 Disember 2009

Lemak Kuning Pucuk Ubi


Bahan-bahan

Bawang merah
Ikan bilis
Kunyit hidup

Cili giling/lada

Air
Santan Pekat
Santan Cair

Sayur pucuk ubi
Garam secukup rasa


-Stail masak guna cara tumis air...
- Masakkan lada/cili giling bersama air dalam periuk. Masakkan lama -lama sikit.
-Masukkan beberapa biji bawang merah,segengam ikan bilis dan kunyit hidup yang telah diblender.
-Kemudian kacau-kacau bagi lebih masak kemudian dah kering sikit air masukkan santan cair.
-Sentiasa kacau saje santan, supaya x pecah minyak.
-Masukan garam secukup rasa
-Masukkan Sayur pucuk ubi
-Kacau dan sentiasa di kacau sebab ada santan
-Akhir sekali masukkan santan pekat dan terus dikacau
-Tutup api dapur, teruskan kacau dan kacau dah lama sikit baru lah berhenti

** Ingat apabila masakan itu perlu di bubuh santan..ia mudah pecah minyak, once masukkan santan ia perlu sentiasa kacau dan di kacau. Jika ia pecah minyak x sedap

Laksa Favourite Aqeeda


Bahan-bahan

Paket laksa, direndam kemudian dicelur dengan air panas seminit..
Bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Lada/ cili giling
Daun Kesom( lagi banyak helai lagi sedap)
Bunga Kantan( helai kelopak)
Beberapa ekor ikan kembong
Air
Garam
6 keping Asam Keping

Tambahan


Hirisan timun
Hirisan Salad
Hirisan Bawang Besar
Telur Rebus
Nenas
Beberapa biji limau purut manis

-Masukkan air, lada/cili giling masakkan lada dahulu
-masukkan belacan dan bawang merah yang telah diblender
-Masukkan daun kesom, bunga kantan,asam keping
-Masukkan isi-isi ikan kembong yang telah diblender
-MAsukkan garam secukup rasa
-Akhir sekali, boleh dihidang selepas di siap masak
-Hidangkan beserta bahan-bahan tambahan

p/s : masak laksa yang lecehnya ialah nak kupas isi-isi ikan tuu..huhu rasa malas..tp nk makan..hehe

Jumaat, 18 Disember 2009

Siput Mentarang Kuah Serai



Alhamdulillah, hari ni bertarikh 2 Muharam..syukur kepada Allah Al-Aziz kerana masih memberi peluang untuk saya bernafas, menghirup udara segar, menikmati nikmat kesihatan yang paling ulung serta memberi peluang utk kita menikmati makanan hasil bumi Allah yang paling menyelerakan ini...Hmm..hari ini mak saya suruh saya masak masakan lala. Tapi bila tgk bahan kat peti ais, saya terkejut..bukan lala, tetapi siput mentarang. Maka saya, perbetulkan mak saya,

" Mak, ini siput mentarang laa, besar ni mak.. kalo lala..ia kecil lagi dan macam kerang sikit..tapi leper."Oooo...mak igtkan ia macam spesies lala, sebab mak mintak la penjual tu bagi yg besar-besar la..sekilo setengah tu mak beli.." Begitulah kisahnya...hehe..

Saya antara orang yang sangat menggemari masakan seafood tak kirala..udang galah ke, siput sedut/cocot, kerang ke, lala ke, siput mentarang ke...saya memang suka sgt..dan favourite saya. So kebetulan hari ini, mak saya sedang sibuk mengajar orang, saya dikehendaki memasak menu utk lunch hari ini berdasarkan resepi bahan-bahan yang disenaraikan oleh mak saya ..Seafood Siput Mentarang..hehehe



Bahan-Bahan

Lada/ Cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Batang Serai di hiris halus-halus
Daun limau purut
Bawang besar dihiris halus-halus, bulat-bulat
Air
Sedikit garam

Sayur-sayuran

Lobak merah
Kobis bunga
Sayur brokoli
Salad/ lain-lain yang sesuai
( kesemua sayur-sayur ni boleh dipotong mengikut citarasa yang tersendiri hehe..)

Sekali lagi anggaran bahan tu ikut suka hati , mengikut saiz hidangan...


- Mula-mula,tuang minyak sedikit sahaja kemudian bubuh lada sedikit sahaja ke dalam kuali beserta beberapa daun limau purut. Tumis sehingga garing
-Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di blender..
-Selepas di tumis agak garing, masukkan batang serai yang telah di hiris halus-halus
-Kacau dan kacau kemudian masukkan 2 cawan air kosong
-Biar kuah tersebut betul-betul mendidih dan menggelegak
-Masukkan garam sedikit.
-Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil kecil mengikut sukahati
-Selepas satu minit, akhir sekali masukkan siput2 mentarang....

**Sayur-sayur tidak boleh masak terlalu lama utk mengekalkan kesedapan dan mengelakkan dari kehilangan zat

** Biasanya, seafood seperti siput mentarang telah menghasilkan air dan garam mineral dengan sendiri..maka x perlu nak letak garam banyak-banyak dan tuang air banyak-banyak, masin-masin jambu dah cukup..


**Utk menjaga kesihatan, pastikan pemakanan seimbang, bila kita kuat makan seafood, makanlah juga sayur-sayuran dengan banyak. Ini kerana kandungan protein dan mineral dalam makanan seafood adalah begitu tinggi, jika berlebihan kandungannya dalam tubuh kita, ia boleh menjadi punca utk kita mendapat penyakit Gout, yg mana protein/mineral berlebihan terkumpul di sendi-sendi...selanjutnya boleh refer kepada doktor-doktor dan jurnal kesihatan yer..hehe

Kuah Lemak Kuning Siput Cocot/Sedut

Intro : Kuah lemak ada pelbagai jenis. Antaranya lemak putih, lemak merah dan lemak kuning. Lemak merah biasanya kerana ia byk cili/lada, jadi warna kuah lemak jadi warna merah. Untuk kuah lemak merah, biasanya letak udang galah atau udang harimau. Ermm..sgt menyelerakan. Lemak putih pula biasanya letak tempe, ikan bilis, sayur kampung ke..erm menyelerakan juga. Lemak kuning pula disebabkan ada bahan kunyit hidup. Itu yang menjadikan ia warna kuning. Boleh letak siput/ ikan/ sayur pucuk paku/pucuk ubi. Cara masak kuah lemak ada 2 cara. Pertama, tumis dengan minyak dan kedua rebus dengan air. Dua-dua cara boleh aplikasikan. Terpulang...lain orang lain stail... Apa pon ini adalah stail saya..hasil ilmu yang diperturunkan oleh mak saya, yang sememangnya sgt hebat dan tidak menang tangan di ruang dapur..

**-Tips-tips
nak mengendalikan siput sedut/cocot : Bagi menjadikan siput sedut kelihatan lebih bersih, mak saya gaulkan siput2 tersebut dgn hampas kelapa disamping di cuci dgn air..

Bahan - bahan ( anggaran bahan terpulang pada saiz hidangan)


Air Biasa
Cili giling/ lada
Bawang Merah
Kunyit Hidup
Daun Kunyit 2 helai
Daun Limau Purut
Hirisan Nenas
Beberapa batang serai yang di tumbuk
Santan
Garam secukup rasa

Beberapa Gram siput sedut/ cocot


-Masukkan air kosong dalam periuk
-Masukkan lada / cili giling sedikit sahaja
-Biar ladanya masak sikit
-Masukkan bawang merah yang telah di blender
-Masukkan kunyit hidup
-Kacau sikit, masukkan beberapa batang serai yang di tumbuk
-Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
-Kemudian masukkan hirisan nenas
-Masukkan santan cair.
-Kacau dan terus kacau lama-lama. Kena betul2 jaga kerana khuatir ia pecah minyak..hehe kena sabar
-Last sekali boleh la masukkan siput-siput tersebut...hehe
-Masukkan santan pekat..
-Sentiasa dikacau sehingga dah tutup api bagi mengelakkan pecah minyak..
-Boleh di hidang utk seisi keluarga...




Selasa, 8 Disember 2009

Hari ni makan Fu Chu Stick Soup dan meehoon



Fu Chu Soup

Bahan-bahan

Bawang putih
Bawang merah
Serbuk lada putih sedikit
Air kosong
Sepaket Fu Chu Stick ( boleh didapati di pasaraya Giant & Available Halalan Tayyiba:))

Ubi kentang dipotong kecil
Carrot/lobak merah
Tauhu goreng dipotong kecil
Rencah udang kering/ikan bilis
Garam secukup rasa

Hiasan

Hirisan cili hidup
Hirisan bawang besar
Daun Sup

-Macam biasa, tumis bawang-bawang sampai naik bau
-Masukkan lada sulah
-Masukkan udang kering/ikan bilis
-Kemudian masukkan air-terpulang nak kuah byk mana
-Masukkan garam secukup rasa
-Masukkan ubi kentang biar air didih lama-lama nak tunggu kentang tu sampai empuk
-Masukkan carrot
-Masukkan Fu Chu Stick sepaket ( basuh dulu baru masukkan)
-Lepas kuah dah didih, masukkan hirisan bawang besar dan cili hidup
-Tutup dapur masukkan daun sup/bawang yang telah dihiris halus-halus
-Siap sedia hidang bersama ikan goreng/ikan kering..sgt enak..walaupon simple..


Meehoon Aqeeda's style




Bahan-bahan

Cili kering yang telah digiling/blender
Bawang merah
Bawang putih
Rencah udang kering ( kalau tiada boleh gantikan dengan Belacan..)
Satu sudu kacang Tau Chu
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit air
Garam secukup rasa
Udang biar dia half cook
Batang dan sayur sawi yang telah dihiris
Sepaket Meehoon yang direndam

Hiasan

Bawang goreng..
Telur dadar + daun bawang/sup yang digoreng kemudian digulung ,dihiris dan ditabur atas meehoon

-Seperti biasa, tumis dan garingkan cili kering
-Tumis kan bawang-bawang beserta rencah udang kering/belacan
-Kacau sampai betul-betul garing supaya makan lebih sedap - memang lama nak garing.. masak ni nak kena sabar..As-sobru minal imaan..
-Masukkan satu sudu kacang Tauchu
-Masukkan kicap manis dan kicap masin
-Kacau-kacau baru tuang sedikit air
-Masukkan garam secukup rasa
-Selepas didih masukkan udang/ayam- biar jadi half-cook
-Masukkan batang sawi dan sayur sawi yang telah dihiris
-Akhir sekali masukkan mee hoon..
-Jgn lupa tabur telur dadar goreng & bawang goreng utk hiasan
-Siap sedia dihidang bersama keluarga tersayang hehehe...

Agar-agar Coklat/ Lengkong coklat..

Bahan-bahan

-Agar-agar yang plastik panjang tu
-Gula
-2 biji Telur
-Air
-santan/susu
-serbuk coklat/ milo ( optional)

1) Asas - asas buat lengkong

- 7 Gelas air untuk satu pek agar-agar ( yang plastik panjang tu bukan serbuk punya..)
-5 gelas air kosong + 1 gelas santan/ susu + 1 cawan air coklat/milo/ ( sirap cam air bandung pon x pe..)
-Kalau utk agar-agar buah/ lengkong laici misalnya, x perlu santan/susu..
-Contoh 5 gelas air kosong + 2 gelas air / buah laici...( boleh buat dgn bubuh gula melaka nk ganti gula putih..)
-Apapon perisa/warna/bentuk/rasa dan lain-lain terpulang pada citarasa dan kekreatifan individu itu sendiri..hehe

Seterusnya :-

Cara-cara/teknik

- Agar-agar dalam plastik panjang tu direndam
- Kemudian agar-agar tersebut dijerang/ dimasak
-Satu gelas air bersamaan 2 sudu besar gula putih maka 7 gelas air bersamaan 14 sudu gula
-Kacau dan terus kacau sehingga betul-betul sebati sehingga jalur-jalur agar-agar x kelihatan
-Blender 2 biji telur + santan/susu + serbuk coklat/milo
-Masukkan ke dalam agar-agar yang telah sebati yang sedang di jerang itu
- Kacau-kacau lama-lama overcook pon x pe..
-Akhir sekali tuang semua campuran agar-agar tadi ke dalam bekas/acuan
-Biarkan ia sejuk sebentar, kemudian masukkan ke dalam peti ais
-Siap sedia untuk dihidang..seronok makan yg sejuk2 nih..


Inilah jenama susu kambing Hiraq yang saya gunakan. Kalau anda ingin memilikinya boleh hubungi saya..hehe..

* Saya mengantikan santan dgn susu. Susu yang di gunakan adalah serbuk susu kambing jenama Hiraq..hmm sedap...boleh ganti jadi ala-ala santan..x mengubah rasa malah sgt berkhasiat tiada kolestrol..

* Saya memang menggemari agar-agar terutama laici dan coklat atau nenas, saya juga sgt sukakan dadih susu, x kira perisa apa / color apa--> cthnya pink-strawberry, purple-keladi dan lain-lain..

*I love Dadih so much!! kalo pg pasar malam mesti beli dadih wahahaha

*Kesimpulannya saya memang suka sekali makan-makan nih tiada kompromi..Falsafahnya, Biar mati makan, jangan mati x makan...( The worst quote..hehe)

Isnin, 7 Disember 2009

Kentang goreng berlada/ Kentang bersambal..


Bahan-bahan

Cili kering yang telah digiling/ diblender
Bawang merah
Bawang putih
Asam keping/ Asam jawa ( mana-mana tapi sikit jer)
garam
gula


Kentang yang telah siap dipotong dan digoreng
Ikan bilis yang telah siap digoreng

Hiasan

Hirisan bawang besar

- Seperti biasa..cili kering yang tekah diblender tu ditumis sehingga garing
-Masukkan pula bawang-bawang dan tumis
-Masukkan asam keping sedikit
-nak sedikit kuah masukkan air kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

-Kentang dan ikan bilis yang telah di goreng dimasukkan dalam sambal tadi selesai ia masak..

Ahad, 6 Disember 2009

Mee Hailam Aqeeda's stail..


Bahan-bahan

Cili kering yang telah siap di kisar/ di giling
Bawang merah
Bawang putih
Halia yang telah dititik
Lada Sulah/putih
Lada Hitam

Air kosong ( x kisah berapa banyak)
Kicap Manis
Kicap Masin
Sos Tiram
Air tepung Jagung ( nak bagi kuahnya nampak likat)

Garam secukup rasa
Tomato

Rencah

Telur
Ketulan daging ayam
Udang
Fish Ball ( bebola ikan)
Fish Cake ( Kuih ikan)

Hiasan

Tauhu goreng
Taugeh
Bawang goreng
Cili Hijau
Hirisan daun sup/
Hirisan Sayur Sawi
Cili api

Cara-Cara


-Tumiskan lada/cili sampai garing
-Masukkan halia yg telah dititik dan bawang-bawang yang telah di blender
-Masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam
-Dah garing masukkan air kosong..terpulang bayk mana
-Masukkan secawan kicap manis dan setengah cawan kicap masin..( Awas! kicap masin kena pndi agak-agak takut2 nt jd rasa masin..bila dah rasa ok..x letak garam pon x pe sebab kicap tu dah beri rasa masin dah..)
-Masukkan sedikit sos tiram.
-Dah Air betul-betul didih..masukkan air tepung jagung
-Masukkan ketulan daging ayam, udang dan telur...
-Masukkan tomato yang siap dipotong ( Tomato juga boleh cover masakan jika kuah tu terlalu masin..)
-Akhir sekali siap sedia di hidang bersama mee kuning/spaghetti

* Lain orang.. lain selera.. lain cara..apapon terpulang pada citarasa dan kehendak masing-masing, bilangan bahan-bahan boleh buat anggaran sendiri berdasarkan saiz hidangan...

* Gambar diatas sekadar hiasan utk memeriahkan blog Ruang Dapur Aqeeda yg cute ni hua ..hua..hua..

*Tapi kalo try masak rupanya seakan2 sama dgn gambar hiasan ni..yg penting rasa mmg best!!

Sabtu, 5 Disember 2009

Kuah Asam Ikan Bilis dan Sambal Tumbuk

Bahan - Bahan Kuah asam Ikan Bilis

1 biji Bawang Besar
4-5 batang Cili hidup
Belacan
Air Asam jawa
Ikan bilis ( yang dah siap digoreng)
Air Kosong
Garam secukup rasa

-Garingkan belacan dahulu
-Masukkan cili hidup dan bawang besar yang telah siap di hiris-hiris
-Dah tumis, masukkan air asam jawa
-nak lebih kuah boleh tambahkan air kosong
-Dah betul-betul didih, tutup api masukkan ikan bilis yang telah siap di goreng


Bahan-Bahan Sambal Tumbuk

Belacan
Cili Hidup
Tomato
Nenas/ Mangga yang manis ( Optional)
Cili Padi/ Api ( Optional)
Garam

- Belacan dibakar terlebih dahulu
-Bahan- bahan seperti cili hidup, tomato, nenas/mangga muda/cili padi/api di blender hancur
-Gaulkan semua bahan-bahan blender tadi dgn belacan yang di bakar ( sama - sama blender pon x pe)
-Bubuh garam sikit
-Boleh lah dibuat hidangan bersama nasi kosong panas dan ikan kering..ermm rasa enak..

Jumaat, 4 Disember 2009

Ini Resepi Spaghetti



Dalam family, saya seorang sahaja yang suka sangat makan spaghetti. Saya menggemari beraneka jenis masakan Spaghetti. Contohnya Spaghetti kari dan Spaghetti sup. Saya juga turut suka makan lasagna dan aneka pasta. Teringin nak cuba buat sendiri...

Petua- petua nak buat Spageti


Air separuh periuk ..masukkan sedikit planta/margerine/keju/minyak ( bg yg x gemarkan keju..dan bau2nya) (hujung sudu sahaja) dididihkan. Masukkan batang-batang spageti. Fungsi margerine ini mengelakkan spageti daripada melekat...

-Ini adalah resepi-resepi yang bakal saya ingin sekali akan cuba dan nikmatinya suatu hari nanti...iaitu..

Spaghetti Tomato Puri

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 paket spaghetti
  • 1/2 kilo daging
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 tin sedang tomato puri
  • sedikit sayur kobis(anggaran sendiri)
  • air,garam dan serbuk perasa

  • Bahan hiasan
  • 1 biji timun
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara-cara

  1. Bersihkan daging,hiris halus kemudian rebus hingga empuk
  2. lada kering,bawang merah,bawang kecil dan bawang putih dikisar halus
  3. tomato dipotong dadu,kobis dihiris halus
  4. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak
  5. kemudian masukkan air,daging dan air rebusan daging tadi.biarkan mendidih.
  6. bila kuah mendidih,masukkan tomato puri,romato yang didadu,kobis.
  7. tambahkan garam dan serbuk perasa.
  8. biarkan kuah ini mendidih dengan agak pekat dan daging empuk.
  9. bila telah pekat boleh lah dimatikan api dan dihidangkan
  10. Klik untuk isi cara-cara di sini
  11. Untuk menghidang mee ini
  12. timun dibuang kulit,potong nipis keliling,dan dihiris halus bulat(spt dlm gambar)
  13. daun sup dihiris halus.
  14. Spaghetti direbus besama sedikit garam dan minyak masak.bila telah masak angkat dan toskan.

Spaghetti Daging Tomato


Bahan-Bahan:
½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato 250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa
Cara:
Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

p/s : Sejak isu hebohnya tentang pembuatan mee kuning yg dikatakan mengandungi bahan tertentu yang membahayakan kesihatan ( saya x ingat nama bahan tersebut..)..saya telah beralih kepada makanan spaghetti..saya telah jarang-jarang memakan mee kuning...

Ini antara perubahan resepi spageti yang saya telah buat hasil rujukan dari laman web mesra.net..saya kini dah mencubanya..dan bahan2nya mudah didapati di pasaran serta halal...ermmm enak sekali!

Spageti Daging Tomato

Bahan-bahan

1/2 paket spageti
500 gram daging cincang/kisar
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
sedikit minyak ( asalnya 250 gram mentega..sesetengah seseorg x suka sbb baunya..)
Garam secukup rasa

Cara:

Spaghetti direbus.

Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.

_____________________________________________________

Panaskan periuk dan letak minyak

Masukkan daging cincang.

Kemudian dikacau hingga empuk dan garing..

---------------------------------------------------------------------------

Masukkan Cili yang digiling..kacau sampai garing

Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.

Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. dan juga maasukkan tomato puri dan kacau rata.

Masukkan daging kisar yang telah garing dan empuk tadi

Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.

Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan.

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:

Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.


Spageti Bersos Daging Cendawan


BAHAN-BAHAN

1 bungkus speggetti
300g daging cincang
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih (cincang)
2 sudu cili boh/giling( saya guna cili giling buat sendiri)

1/2 tin tomato puri
1 tin cendawan butang (dihiris-hiris)
2biji tomato dipotong dadu

Optionals..

2 kiub ayam maggi
2 sudu sos tiram( optional)

Lain2

4 sudu minyak
Air
Gula
Garam

Cara-cara

Speggetti direbus sampai lembut. Tambah mentega/minyak sedikit sebelum dittos

Panaskan minyak

-tumis cili gilling sampai garing

- kemudian masukkan bawang tumis bawang putih dan bawang besar sampai kekuningan.

-Kemudian masukkan daging kisar dan goreng sampai garing.

-masukkan tomato puri, air, kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.

-Bila mendidih baru masukkan cendawan dan tomato.

-biar masak seketika. tuang sos atas speggetti dan hias dengan daun sup/ketumbar.

TAMBAHAN

Daging boleh diganti dgn ayam.
tumis cili boh tampa air sampai kering untuk menghilangkan bau cili.
Kalau tak suka masam boleh kurangkan tomato puree.


Rujukan :
www.myresipi.com/top/detail/8188
www.myresipi.com/top/detail/728
mesra.net

Ayam Goreng Special Aqeeda hehe..


Hmm..act saya x tahu apa nama sebenar resepi ni...so sesaje la nk glamour lalu menjenamakan resepi dgn nama sendiri..masakan ni senang je semua org biasa buat...
Bahan- Bahan

Bawang merah
Bawang putih
Biji Ketumbar
Cili kering ( dah siap giling/blender)
Kunyit
Garam secukup rasa
Ayam

Optional

Serbuk Lada putih ( sedikit shj)
Serbuk Jintan manis( sedikit shj)
Daun limau purut



-Bawang merah dan putih ditumbuk/diblender hancur
-Biji Ketumbar ditumbuk
-Gaul kesemua bahan-bahan tadi dengan cili kering (yg telah siap diblender), kunyit, garam dan semua serbuk-serbuk tadi dan daun-daun limau purut..
-Selepas itu, ambil ayam gaulkan/salutkan ia bersama dengan semua bahan-bahan tadi
-Kemudian ayam diperap selama beberapa jam
-Akhir sekali, ayam bolehlah digoreng dan di hidangkan..ermmm sedap..hehe

p/s : ada org letak serai la..mcm2.. lain orang lain cara maka terpulanglah...gambar diatas sekadar hiasan

Hari ini Sup Daging


Bahan - Bahan

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serbuk Lada putih
Sup Bunjut
Garam
Daun Sup/Daun bawang

Optional

Serbuk Ketumbar
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Lada Hitam
Rempah Sup tulang/ kalo nak sup tulang

Air Daging


Segala jenis Daging/ Ayam/ Ikan/

- Tumis Bawang-bawang dan halia sampai naik bau
-Masukkan serbuk-serbuk diatas( serbuk-serbuk tu letak sikit sahaja hujung sudu)
-Tuang Air
-Masukkan Sup Bunjut
-Masukkan garam secukup rasa
-Masukkan Air daging
-Masukkan daging
-Dah air sup betul - betul dan lama-lama didih tutup api barulah masukkan daun-daun sup yg telah siap diracip halus.