Jumaat, 25 September 2009

BERGEDIL


Bahan-bahan

Ubi kentang ( kena rendam dulu)
Ketulan Daging ( kena goreng dulu)
Bawang besar ( hiris sikit halus goreng)
Daun Sup
Telur
Tepung sikit



-Gaulkan kesemua sehingga sebati
-Bentukkan seperti bulat kemudian salutkan dgn telur lepas tu goreng

TOMYAM

Masakan Tomyam




Bahan-Bahan

2 senduk Lada( Cili kering yang siap dikisar)
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 Ulas lengkuas
1 Ulas Halia

Beberapa batang Serai ( byk pon x pe lagi sedap)
 Daun Limau Purut

Air Limau skit
Garam secukup rasa
Gula sikit


daging/ayam/sotong
tomato/carrot/kobis bunga/Sayur yg sesuai

p/s : Serbuk / pes tomyam dipasaran x berapa bagus utk ditambahkan sebagai penyedap kerana dikatakan kandungannya tidak baik utk kesihatan

Cara-cara Buat:


  1. -Tumis dan Garingkan lada
  2. -Masukkan seulas lemgkuas dan halia dan gaulkan bersama
  3. -Masukkan dan Tumis bawang2 merah dan putih yang siap diblend
  4. -Dah garing dan betul-betul tumis, masukkan beberapa gelas Air kosong...(terpulang nak kuah berapa banyak)
  5. -Masukkan batang Serai dan Daun limau purut
  6. -Tutup tudung periuk biar air kuah tomyam betul2 didih supaya air serai turun dan masukkan juga tomato
  7. -Dah Didih masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. -Masukkan daging. ayam, udang, dan carrot
  9. -Setelah masak, tutup api, masukkan sayur2 Tomyam
  10. -Setelah 10-15  minit kemudian, tuang sedikit air limau tanpa biji kedalam kuah tomyam..nak bagi rasa sedikit masam.
  11. -Siap dihidangkan...

KARI

bahan-bahan

5 bawang merah
2 bawang putih
cili/ lada kisar(kalo nak)
bunga lawang
kayu manis
daun pelaga
serbuk kari dilarutkan bersama air dan pastikan kelihatan likat
daun kari
asam jawa
santan

ayam/daging/ikan/kepala ikan
kacang panjang/ubi kentang/carrot/terung

-Option: Tumiskan lada sampai garing( Kalau nak berlada)
-Masukkan bawang2 dan tumiskan garing sampai berbuih2 minyak..
-masukkan bunga lawang, kayu manis
-Dah betul-betul tumis, masukkan serbuk kari yg dilarutkan air..kasi garing
-masukkan air asam jawa sikit demi sikit, daun kari, ubi kentang potong 4,terung daging/ayam nk bagi dia empuk
-akhir sekali baru masukkan santan 1 gelas/2 gelas..tunggu sikit..kacau jgn kasi pecah minyak..(agak2 kalau nak banyak ke) selepas betul2 masak kemudian masukkan sayur spt carrot, kacang pjg